Anda di sini

Sape Community Annual Gathering 2017 kumpul pemain Sape terkenal

Advertisement
 Antara kehadiran dan aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Sape Community Annual Gathering 2017 baru-baru ini.
MERIAH: Antara kehadiran dan aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Sape Community Annual Gathering 2017 baru-baru ini.

KUCHING: Baru-baru ini telah diadakan Sape Community Annual Gathering 2017 bagi meraikan sambutan ulang tahun kedua penubuhan Kuching Sape Community di sini.

 Penyelaras Program Sape Community Annual Gathering 2017, Danison Manium berkata pihaknya berjaya mengumpulkan beberapa nama terkenal pemain Sape tempatan di majlis itu.

 Antaranya, Desmond, Howard Deri, Justin Jarop, Korintus Leban, Brandon Daby, Ezra Tekola (At Adau), Nick Fadriel (Sada Borneo), Henry Kajan Anyi serta kumpulan lagu Jerry Kamit.

 Turut diundang khas Ali Omar bagi persembahan ‘Kanjet’ seperti (ngajat) yang diiringi alunan sape’ oleh Adam Omar dan David Fernandes.

 Menurut Danison pihaknya mahu mempromosikan seni Sape dan mempromosikan bakat pemain dan pembuat sape tempatan kepada orang ramai.

 “Pada masa yang sama, pihaknya juga mahu mempromosikan pemain Sape di dalam penglibatan aktiviti komuniti setempat yang berkemungkinan untuk diundang ke majlis jemputan persembahan atau majlis keramaian,” katanya kepada Utusan Borneo.

 Beliau sendiri telah memainkan alat musikal Sape lebih daripada setahun walaupun pada dasarnya beliau berbangsa Bidayuh Selako.

 Minat itu timbul setelah mendengar alunan muzik yang dimainkan Sape yang memberi ketenangan jiwa seeprtinya juga mewujudkan perpaduan dikalangan pemainnya yang berlainan bangsa.

 “Sekarang ini saya sedang berusaha untuk membuat EP pertama yang mungkin akan keluar pada tahun hadapan dalam bentuk kontemprorari,” katanya.

 Pada masa yang sama, beliau turut berharap untuk menjalankan kolaborasi di dalam EP pertamanya itu.

 Danison, 25 tahun pernah mendapat membuat persembahan di World Harvest Festival (WHF) pada tahun lepas.

 Anak kelahiran Kampung Pasir Ulu, Lundu ini mendapat inspirasi daripada idolanya Mathew Ngau Jau yang menurutnya seorang seniman penyambung warisan seni Sape.

 Turut hadir di majlis itu adalah Ketua Jabatan Muzik Kampung Budaya Sarawak, Narawi Rashidi dan Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Connie Lim.

 Beliau turut aktif dalam menjalankan pelbagai bengkel berkaitan instrumen berkenaan dan bakal menganjurkan Koleksi Pemain Sape Kuching sebelum akhir tahun ini.

 Di majlis yang sama, hasil kutipan cabutan bertuah turut disumbangkan kepada salah seorang pemain Sape, Desmond Edward Emang yang kini sedang menjalani rawatan barah otak peringkat pertama yang dialaminya.

  • oleh
  • Advertisement