Anda di sini

KPMHEP alu-alukan golongan muda sertai Program Khidmat Bantu di Rumah

Advertisement
 Asnah (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur dan warga emas.
DIALu-ALUKAN: Asnah (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur dan warga emas.

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) mengalu-alukan masyarakat khususnya golongan muda untuk menyertai Program Khidmat Bantu di Rumah.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, program kelolaan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah itu diwujudkan bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan sekali gus menjamin kebajikan warga emas.

Tahun ini, seramai 110 sukarelawan melaksanakan program Khidmat Bantu di Rumah yang telah memanfaatkan seramai 433 warga emas,” katanya ketika merasmikan Program Intergenerasi dan Sambutan Hari Warga Emas peringkat Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bandar raya, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Politik KPMHEP Asnah Tahlil.

Jainab berkata, lapan PAWE baharu termasuk di Kuala Penyu akan tubuhkan tahun ini, menjadikan keseluruhan sebanyak 59 di seluruh negara.

Katanya, sejak penubuhannya sehingga Februari tahun ini, seramai 31,969 warga emas sudah berdaftar di 51 PAWE sedia ada.

Kerajaan negeri juga sudah mewujudkan rumah pelindungan dan penjagaan warga emas yang tidak mempunyai waris iaitu di Rumah Emas di Papar, Sandakan dan Tawau.

Rumah ini menjaga dan melindungi seramai 240 warga emas dengan peruntukan belanja mengurus sebanyak RM1.6 juta setahun,” katanya.

Katanya,  tahun lepas sahaja, lebih RM100 juta peruntukan dibelanjakan kepada 27,573 penerima Skim Bantuan Orang Tua (BOT).

Jainab berharap agar budaya masyarakat penyayang tidak tenggelam bersama arus pembangunan, sebaliknya menjadi satu penanda aras yang menjadi kebanggaan sesebuah negara maju.

Advertisement