Anda di sini

Gunung Kinabalu dalam proses penstabilan

Advertisement
 Lereng Gunung Kinabalu mengalami runtuhan Sabtu lepas.
STABIL: Lereng Gunung Kinabalu mengalami runtuhan Sabtu lepas.

KOTA KINABALU: Runtuhan batu yang berlaku di lereng Gunung Kinabalu pada Sabtu lalu adalah sebahagian daripada proses penstabilan selepas berlakunya gempa bumi dua tahun lalu di kawasan itu.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais dalam laman Facebooknya berkata, proses penstabilan itu akan mengambil masa beberapa tahun.

Batu-batu granit di atas gunung itu hanya menunggu masa untuk runtuh, inilah sebabnya Taman-Taman Sabah mengambil keputusan untuk menutup laluan Mesilau dan Mesilau Nature Resort.

Kita akan teruskan pemantauan ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada petang Sabtu lalu, satu runtuhan berlaku di lereng Gunung Kinabalu menyebabkan keadaan panik dalam kalangan penduduk sekitar kawasan itu.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.45 petang berdekatan Sungai Mesilou 2, Kampung Mesilou di Kundasang.

Runtuhan berlaku di lereng gunung pada kedudukan 1.5km sebelah ulu bekas Mesilau Nature Resort, dekat Stesen Taman Kinabalu Mesilau.

Aliran Sungai Mesilou 2 normal ketika ini dan keadaan adalah terkawal,” katanya.

Advertisement