Anda di sini

Dua wilayah kaya Itali menuntut autonomi

Advertisement

Krisis perpecahan Catalonia daripada Sepanyol rangsang ketegangan di Lombardy, Veneto

 Kombinasi gambar menunjukkan Zaia (kiri) membuang undi untuk referendum autonomi Veneto di pusat pengundian di San Vendemiano, dekat Treviso kelmarin manakala Maroni membuang undi elektronik untuk referendum Lombardy di pusat pengundian di Lozza dekat Varese, juga kelmarin. — Gambar Reuters
MAHU LEBIH BEBAS: Kombinasi gambar menunjukkan Zaia (kiri) membuang undi untuk referendum autonomi Veneto di pusat pengundian di San Vendemiano, dekat Treviso kelmarin manakala Maroni membuang undi elektronik untuk referendum Lombardy di pusat pengundian di Lozza dekat Varese, juga kelmarin. — Gambar Reuters

MILAN: Dua wilayah utara paling kaya di Itali kelmarin mengundi sebulat suara untuk menuntut lebih autonomi dalam contoh terbaharu kuasa kuat perpecahan yang membentuk semula politik Eropah.

Para pengundi di wilayah Veneto yang turut meliputi Venice dan Lombardy, yang menempatkan Milan, muncul beramai-ramai seperti yang dijangkakan untuk menyokong prinsip lebih kuasa daripada Rom dalam pengundian yang berlatarbelakangkan krisis tuntutan kemerdekaan Catalonia.

Presiden Veneto Luca Zaia memuji keputusan tersebut, yang tertangguh seketika angkara serangan penggodam, sebagai rombakan terbesar perlembagaan.

Namun beliau menegaskan bahawa aspirasi wilayah tersebut tidak boleh dibandingkan dengan agenda perpecahan yang mencetuskan krisis perlembagaan di Sepanyol.

Kemunculan pengundi diunjur sekitar 58 peratus di Veneto, di mana sokongan untuk autonomi adalah lebih kuat, dan hanya lebih 40 peratus di Lombardy.

President kedua-dua wilayah berkata, lebih 95 peratus pengundi yang telah membuang undi menyokong lebih autonomi seperti yang dijangkakan.

Undi tersebut tidak mengikat tetapi memberi mandat politik yang kukuh kepada pemimpin sayap kanan kedua-dua wilayah apabila mereka berunding dengan kerajaan pusat mengenai pembahagian kuasa dan pendapatan cukai dari Rom.

Sentimen perpecahan di Veneto dan Lombardy terhad kepada kumpulan pinggiran, tetapi penganalisis melihat dorongan autonomi tersebut sebagai menggambarkan gabungan isu dan tekanan yang mengakibatkan undi kemerdekaan yang hampir kalah di Scotland, keputusan Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dan krisis Catalonia.

Apa yang undi ini telah tunjukkan bahawa tiada ‘parti autonomi’ di Veneto, sebaliknya seluruh rakyat menyokong idea ini.

Apa yang dimenangi adalah idea bahawa kami harus bertanggungjawab ke atas wilayah kami sendiri,” kata Zaia.

Presiden Lombardy Roberto Maroni berkata, beliau mahu menyampaikan cadangan terperinci mengenai pembahagian kuasa dalam tempoh dua minggu dalam usaha bagi memastikan ia dipertimbang sebelum pilihan raya umum yang dijangka pada Mei tahun depan.

Saya akan pergi ke Rom untuk menuntut lebih banyak kuasa dan sumber dalam rangka kerja perpaduan negara,” katanya.

Lombardy dan Veneto menempatkan suku daripada populasi Itali serta meliputi 30 peratus pengeluaran ekonominya.

Dengan kadar pengangguran dan kos kebajikan lebih rendah berbanding purata kebangsaan, kedua-dua wilayah merupakan penyumbang besar kepada pendapatan kerajaan Itali.

Lombardy menghantar 54 bilion euro lebih banyak hasil cukai kepada Rom berbanding apa yang diperolehinya untuk perbelanjaan awam.

Sumbangan bersih Veneto pula 15.5 bilion euro.

Kedua-dua wilayah mungkin membahagikan sumbangan tersebut kepada dua dengan mengagihkan kuasa kepada sehingga 23 kawasan berlainan.

Presiden kedua-dua wilayah itu yang merupakan anggota parti kanan radikal Liga Utara, merancang menuntut lebih banyak kuasa untuk menentukan projek infrastruktur, alam sekitar, kesihatan dan pendidikan.

Mereka turut menuntut kuasa baharu berkaitan isu keselamatan dan imigresen, langkah yang memerlukan rombakan atau pindaan perlembagaan. — AFP

Advertisement