Anda di sini

Ed Sheeran ‘lebam dan patah’, jelajah di KL mungkin batal

Advertisement
__alt__

PENYANYI Ed Sheeran berkata dia “sedikit lebam dan patah” Rabu lepas ketika dia dalam proses pemulihan dari satu kemalangan basikal yang menyebabkannya patah pergelangan tangan, siku dan tulang rusuk selain membawa kepada pembatalan konsert untuk jelajah Asia.

 Sheeran, 26, kelihatan dibaluti simen pada sebelah tangan dan ambin pada sebelah tangan lagi ketika dia berjalan di atas permaidani merah di Anugerah Q untuk muzik di London.

 “Saya sedikit lebam dan patah tetapi saya tidak apa-apa,” kata penyanyi itu kepada Reuters.

 “Ia adalah satu kemalangan basikal dan saya patah pergelangan tangan, patah suku, patah tulang rusuk.

 Walau bagaimanapun saya tidak akan apa-apa.”

Sheeran menambah, masa depan jelajah dunia untuk konsertnya ‘Divide’ “bergantung kepada pengurus dan ejen saya”.

 Penyanyi itu menyebut dalam satu paparan Instagram pada minggu ini bahawa dia mengalami keretakan pada pergelangan tangan dan sikunya dan dia “tidak dapat mempersembahkan konsert secara langsung dalam masa terdekat”.

 Kecederaannya memaksa pembatalan empat konsert di Taipei, Osaka, Seoul, Tokyo dan Hong Kong setakat ini.

 Sheeran dijadualkan mengadakan konsert jelajah terbesar di Asia yang akan bermula 22 Oktober hingga 19 November ini di Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 Di Malaysia, penyanyi dan penulis lagu British itu dijangka akan menghiburkan peminatnya dalam konsert jelajah ‘Ed Sheeran Divide Tour Live in Kuala Lumpur 2017’ yang akan diadakan pada 14 November di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam.

 Tiket ke konsert itu dijual pada harga RM198, RM298, RM358 dan RM458 (tidak termasuk GST) di laman sesawang, www.prworldwidelive.com.

 Pada acara anugerah Rabu itu, Sheeran mendapat tiga pencalonan dan memenangi anugerah bagi persembahan terbaik di dunia pada hari ini.

 Majlis tahunan yang dianjurkan oleh majalah Q dari Britain itu diadakan bagi meraikan bakat-bakat dalam dunia muzik.

Advertisement