Anda di sini

Waran tangkap penagih tidak hadir sebutan kes

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki yang menghadapi tuduhan menggunakan dadah berbahaya kerana gagal hadir untuk sebutan kes semalam.

Mahkamah memerintahkan waran tangkap itu dikembalikan pada 3 November depan.

Cheng Jan Ping, 34, dari Kampung Tudan di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendaki menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa mengunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4,15 pagi, 12 Mei 2011 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Advertisement