Anda di sini

Polis Myanmar tempur pencari jed, lima maut

Advertisement

YANGON: Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dan 20 lagi tercedera selepas polis Myanmar melepaskan tembakan ke arah satu kumpulan pencari jed bersenjata yang cuba mema-suki sebuah lombong di utara, lapor media negara semalam, insiden berdarah terbaharu dalam industri bernilai berbilion-bilion dolar.

Keganasan meletus selepas polis menghalang kira-kira 50 pencari jed dari memasuki sebuah kawasan perindustrian yang dimiliki oleh “111 Company” di Hpakant di Wilayah Kachin – hab bagi kawasan dagangan mewah yang dilanda keganasan pekerja, tanah runtuh maut, rasuah dan salah guna dadah.

Sejam kemudian, “hampir 600 orang kembali dan me-nyerang polis, membakar trak sampah dan memusnahkan sebuah mesin pengorek,” lapor akhbar milik negara Global New Light of Myan-mar.

Ketika diserang dengan pisau, anggota polis melepaskan tembakan bagi menghalang penyerang tersebut,” menurut akhbar utama negara.

Lima orang terkorban dan 20 serta lima anggota polis tercedera,” tambahnya lagi.

Dua penduduk tempatan di Hpakant memberitahu AFP semalam angka tersebut adalah lebih tinggi, dengan sekurang-kurangnya tujuh terkorban di tempat kejadian dan tiga lagi meninggal dunia di hospital.

Kebanyakan batu jed ber-kualiti terbaik di dunia telah diperolehi di Hpakant – sebuah wilayah yang pernah mewah yang terbentuk menjadi sebuah kawasan kosong oleh beberapa firma per-industrian dikaitkan dengan pihak elit dari era junta di Myanmar.

Majoriti besar batu itu telah dihantar ke negara jiran China di mana terdapat permintaan yang kelihatan tidak pernah puas bagi batu permata hijau yang dianggap sebagai bertuah.

Sejak beberapa tahun pe-kerja yang miskin dari sekitar Myanmar telah memasuki Hpakant bagi mencari di antara runtuhan bagi mana-mana ketulan batu yang ditinggalkan oleh gergasi perlombongan.

Kerja disertai dengan bahaya di sebuah kawasan sering kali dilanda oleh kejadian ta-nah runtuh berbahaya semasa musim monsun, dengan salah satu insiden terburuk pada 2015 menyebabkan lebih 100 nyawa terkorban.

Pertempuran juga menjadi perkara biasa melibatkan pa-sukan keselamatan yang cuba menghalang pekerja haram dari tanah syarikat.

Aung Min, seorang penduduk tempatan Hpakant, berkata syarikat yang memiliki lombong di mana pertumpahan darah berlaku telah dikenal pasti sebagai salah satu yang paling besar dan berkuasa di dalam industri.

Pencari jed tersebut telah tersilap memasuki tanah syarikat namun respons syarikat adalah benar-benar kuat,” tambah beliau. “Pencari jed telah mengejar anggota polis dengan peralatan menggali namun pihak polis mempunyai senjata.”

Ketika firma perlombongan memperolehi jumlah yang besar daripada dagangan mewah, namun ia hanya memberi sedikit faedah kepada masyarakat tempatan yang dilanda oleh kemusnahan alam sekitar.

Dalam satu laporan pada 2015, kumpulan penyokong Global Witness menganggarkan nilai jed Myanmar yang dihasilkan pada 2014 sahaja adalah $31 bilion dan me-nyatakan dagangan mungkin merupakan “kemelut sumber semula jadi paling besar dalam sejarah moden”.

Perindustrian bayangan itu turut membawa kepada kete-gangan antara pihak tentera yang berkuasa di Myanmar dan pemberontak etnik di Kachin yang dilanda keganasan, kedua-duanya dipercayai mendapat hasil daripada dagangan tersebut.

Salah guna dadah adalah berleluasa di kalangan pelombong dengan heroin dan meth kristal yang murah mudah diperolehi disebabkan dekat dengan wilayah berbahaya Segitiga Emas. — AFP

Advertisement