Anda di sini

Hadiah RM10,000 untuk juara ‘SugarBun Cup’ bulan depan

Advertisement
 Darell (tiga kiri) menunjukkan barang promosi bersama kakitangan SugarBun dan wakil-wakil yang menaja acara itu semalam.
PASTI HEBAT: Darell (tiga kiri) menunjukkan barang promosi bersama kakitangan SugarBun dan wakil-wakil yang menaja acara itu semalam.

KUCHING: ‘SugarBun Cup’ akan diadakan pada November depan dengan juara membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.

Ia merupakan acara permainan sukan yang dianjurkan oleh SugarBun dengan sokongan stesen radio Hitz FM, Redbull, Armageddon, MSI and Iconic Renovation Company dan majalah Borneo Talk.

Penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat dan boleh mendaftar melalui atas talian di http://www.sugarbun.com/news/events.

Menurut Ketua Penjenamaan SugarBun Darell Sin, pendaftaran sudah mula dibuka kepada orang ramai sejak 30 September lalu namun dalam tempoh kurang daripada dua minggu, 32 pasukan penyertaan terhad telah dipenuhi.

Pusingan kelayakan akan diadakan pada 18 dan 19 November di Gizmo, OneTJ. Mereka yang berjaya melayakkan diri akan bertanding lagi pada 23 sehingga 26 November di Atrium C, VivaCity Megamall, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Pasukan juara akan membawa pulang tunai RM10,000, tempat kedua RM5,000, tempat ketiga RM2,000 dan tempat keempat dan kelima masing-masing RM1,000 dan RM500 sementara keenam RM250.

Kastor Antarabangsa turut dijemput untuk bermain dalam acara itu pada 23 dan 26 November dan mereka adalah pasukan Treephob ‘Xyclopz’ Tiangtrong dari Thailand, Sean ‘Hades’ Goh dari Singapura dan ‘Lilacookie’ dari Kuching.

Advertisement