Anda di sini

Ketua baharu Buruh bakal perdana menteri New Zealand

Advertisement
ARDERN
ARDERN

WELLINGTON: Ketua pembangkang haluan kiri tengah di New Zealand, Jacinda Ardern, bakal menjadi perdana menteri semalam dalam kebangkitan mengejutkan untuk memegang kuasa, selepas populis radikal Winston Peters menyokong wanita berusia 37 tahun yang berkarisma itu untuk menubuhkan kerajaan.

Keputusan Peters, yang dibuat selepas pilihan raya pada 23 September lalu berakhir dengan kebuntuan, memberi Parti Buruh pimpinan Ardern jumlah untuk membentuk kerajaan perikatan bersama Parti New Zealand Dahulu pimpinan Peters dan Parti Hijau.

“Kami ada pilihan untuk mengekalkan status quo yang diubahsuai atau melakukan perubahan, itulah sebabnya kenapa pada akhirnya kami memilih kerajaan perikatan New Zealand Dahulu dengan Parti Buruh New Zealand,” kata Peters.

“Pembuat raja” berusia 72 tahun itu memberi pujian yang melangit kepada Ardern, yang menghidupkan nasib Buruh ketika beliau menjadi ketua parti hanya beberapa minggu sahaja sebelum pilihan raya.

“Beliau mempamerkan bakat luar biasa dalam kempen dari kedudukan yang benar-benar tiada harapan,” katanya.

Sementara Buruh dan Parti Hijau perlu meluluskan per-ikatan itu secara rasmi, Ar-dern akan menjadi pemimpin paling muda New Zealand sejak 1856 dan perdana menteri wanita ketiga bagi negara yang mempunyai 4.6 juta penduduk itu.

Keputusan itu adalah tamparan hebat bagi perdana menteri konservatif sekarang, Bill English, yang menjalankan kempen kuat yang tidak dijangkakan untuk memenangi 44.4 peratus undian, jauh lebih tinggi berbanding 36 peratus bagi Buruh.

Ia adalah kali pertama sejak New Zealand menggunapakai undian seimbang pada 1996 dan parti itu yang memenangi sebahagian besar undian tidak dapat membentuk kerajaan. — AFP

Advertisement