Anda di sini

Stacy kembali beraksi dengan single ‘Cakap Ke Tangan’

Advertisement
Stacy
Stacy

STACY Anam, 27, juga dikenali dengan gelaran ‘Ratu Pop’ kembali menggegarkan dunia seni tanah air selepas berehat hampir setahun dengan single terbaharu hadiah istimewa daripada suami tercinta, Akim Ahmad berjudul ‘Cakap Ke Tangan’.

Saya gembira dengan nukilan lirik dan alunan muzik yang dihasilkan kerana menepati citarasa saya. Walaupun sudah lama tidak beraksi di atas pentas, saya masih Stacy yang sama kerana nyanyian dan tarian adalah jiwa dan memberi kepuasan kepada saya,” katanya dalam kenyataan.

Selagi masih ada yang percaya kepada bakat dan mahukan saya untuk terus mewarnai industri dengan kebolehan yang ada, selagi itulah saya akan terus di sini menghiburkan semua,” tambah Stacy.

Menurut bekas juara Akademi Fantasia Musim ke 6 ini, mesej yang ingin disampaikan diharap dapat memberi manfaat seterusnya meninggalkan kesan yang positif kepada orang ramai dan memberi motivasi kepada peminat bahawa mereka perlu yakin dalam hidup dan tidak perlu takut dengan pandangan serong yang sering dilemparkan oleh segelintir masyarakat.

Sepanjang karier bergelar anak seni, saya sudah lali dengan sepak terajang dunia hiburan serta pernah diuji dengan pelbagai pahit getir dan turut pernah mengalami tamparan hebat kecaman khalayak ramai terutamanya di laman media sosial,” katanya.

Stacy
Stacy

JENAMA SENDIRI

Saya enggan ambil pusing dengan sebarang unsur negatif dan ambil semua itu sebagai penguat semangat untuk bekerja lebih keras untuk cemerlang dalam membina jenama sendiri,” tambah Stacy, anak kelahiran Sabah ini.

Cakap Ke Tangan’ adalah hasil ciptaan penuh Akim Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pena Hang Nedim bersama Laq terbitan Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd.

Selain itu, Ketua Muzik Label, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd Adam Lobo turut menyatakan kelainan yang dibawa oleh Stacy melalui single ‘Cakap Ke Tangan’ adalah menerusi mesejnya yang mendalam.

Stacy ialah seorang penyanyi wanita yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Semangat dan etika kerja Stacy amat dihormati dan perlu dipuji kerana beliau tidak mudah putus asa dan sentiasa berkongsi idea-idea untuk menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti agar mudah diterima peminat,” tambah Adam.

Muzik video lagu ‘Cakap Ke Tangan’ juga boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran Youtube Rocketfuel Network serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut. Bernama

  • oleh
  • Advertisement