Anda di sini

Lelaki hadapi dua tuduhan dadah boleh dipenjara atau lima bulan penjara

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menggenakan denda RM6,000 atau lima bulan penjara ke atas seorang lelaki menghadapi dua tuduhan menggunakan dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambilkira kepentingan awam.

Mohammad Towo, 44, dari Jalan Lentik 5, Lorong 2 Pujut 9, Jalan Lutong-Pujut di sini telah didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendaki menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarkan kes pertama, tertuduh didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.15 pagi, 15 Jun 2011 di rumahnya di Pujut 9 di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan serupa dengan menggunakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 11 pagi, 19 September 2016 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh didenda RM2,200 atau dua bulan penjara, manakala kesalahan kedua didenda RM3,800 atau tiga bulan penjara.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement