Anda di sini

Wanita warga emas didakwa cederakan menantu

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam atas pertuduhan mencederakan menantunya ketika pergaduhan merebut hak penjagaan cucunya di sebuah pusat tuisyen, Julai lepas.

Loh Moy, 65, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Loh yang merupakan seorang suri rumah didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Li Yao, 31, warganegara China yang juga seorang suri rumah, di pejabat bilik guru pusat tuisyen Super Education Group, Jalan Besar Ampang, pekan Ampang di sini pada jam 12.25 tengah hari, 15 Julai lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

Advertisement