Anda di sini

CATS FM bawa pendengar lumba GO KART

 Pelumba terpantas Muhammad Asyraf Rosli diapit penyampai Ardin di tempat ke-2 dan di tempat ke-3, Mohd Nafisul Hanif, sambil diperhatikan Christopher (kiri) dan Kelvin (kanan).
GAYA HIDUP SIHAT: Pelumba terpantas Muhammad Asyraf Rosli diapit penyampai Ardin di tempat ke-2 dan di tempat ke-3, Mohd Nafisul Hanif, sambil diperhatikan Christopher (kiri) dan Kelvin (kanan).

KUCHING: Beberapa pendengar CATS FM berpeluang menyertai sesi perlumbaan Go Kart bersama penyampai termasuk Adi dan Ardin, Rezz dan Fyra, di Serapi Borneo Race Track sempena Hari Sukan Negera, Sabtu lalu.

Eksekutif Integrasi CATS FM Christopher Boreh dalam satu kenyataan semalam, berkata perlumbaan itu adalah sebahagian daripada aktiviti-aktviti yang diadakan stesen itu bagi menyokong hari Sukan Negara.

Selain itu katanya, ia juga bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pendengar.

Sementara itu, Pengurus Serapi Borneo Race Track, Kelvin Ong berharap lebih ramai golongan belia Kuching melibatkan diri dalam perlumbaan go kart sebagai sukan ekstrem kegemaran mereka.

“Lebih baik berlumba di atas trek daripada berlumba di jalan raya,” katanya sambil menambah, Serapi Borneo Race Track dibuka kepada orang ramai setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, kunjungan Facebook CATS FM.