Anda di sini

20 November sebutan lanjut kes pekerja luar pantai bunuh pakcik

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 20 November depan untuk sebutan lanjut kes seorang pekerja sebuah syarikat luar pantai yang menghadapi tuduhan membunuh bapa saudaranya.

Manakala tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Christoper Anau, 34, dari Grace Hill Serene Luak di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Geoffrey Gau, 42.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 5 petang hingga 5.30 petang, 3 Ogos lalu di rumahnya di Lot 6889 Grace Hill Serene Luak di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement