Anda di sini

Jalani pemeriksaan payudara khususnya wanita umur 40-59 tahun

Advertisement
 Hamisa menerima cenderahati daripada Christy selepas merasmikan larian itu.
BUAT PEMERIKSAAN: Hamisa menerima cenderahati daripada Christy selepas merasmikan larian itu.

TAWAU: Golongan wanita perlu menjaga kesihatan dan kerap melakukan pemeriksaan payudara dan mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, kanser payudara tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit itu merupakan pembunuh utama wanita dengan risiko lima kali ganda kepada wanita yang mempunyai sejarah iaitu ibu atau adik-beradik perempuan sebagai penghidap kanser payudara.

Beliau berkata, golongan paling tinggi berisiko menghidap penyakit itu adalah kumpulan umur 40 hingga 59 tahun.

Katanya, sikap tidak ambil tahu dan pengetahuan yang cetek mengenai kanser menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan wanita di negara ini.

Mengikut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan, ramai pesakit datang lambat ke hospital bagi mendapatkan rawatan iaitu 42 peratus pesakit telah berada pada tahap tiga dan empat dan dilaporkan 32 peratus daripada semua jenis kanser telah dikesan dalam kalangan wanita negara ini yang berusia 45 tahun dan ke atas.

Kanser menjadi punca utama kematian dan kecacatan yang memberi kesan kepada lebih 14 juta orang setiap tahun. Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan kira-kira 100 ribu rakyat menderita kerana kanser. Sehubungan itu, diagnosis awal bukan sahaja akan meningkatkan peluang untuk rawatan yang berjaya tetapi juga menghindarkan kos rawatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pinktober Run 2017 for Breast Cancer Awareness di Padang Perbandaran Tawau, pagi Ahad.

Hadir sama ialah Pengerusi Tawau Kinabalu Pink Ribbon Christy Salazar dan Jawatankuasa Tawau Kinabalu Pink Ribbon.

Hamisa yang juga ADUN Tanjong Batu berharap berharap setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu Kementerian Kesihatan dengan menganjurkan kempen kesedaran mencegah kanser payudara.

Katanya, komuniti merupakan peringkat akar umbi yang perlu diberi pendedahan maklumat dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik

Selain kanser payudara, penyakit lain seperti diabetes, jantung dan strok adalah berkait rapat dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat dan boleh membawa kepincangan serta menjadi beban kepada pesakit, ahli keluarga dan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Kelima-lima komponen kempen yang saya jelaskan tadi adalah sangat penting untuk difahami. Saya menyeru supaya para hadirin menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Advertisement