Anda di sini

Tahanan reman adik bekas menteri persekutuan dilanjutkan

Advertisement

KOTA KINABALU: Tempoh tahanan reman adik seorang bekas menteri Persekutuan dilanjutkan lima hari lagi, berkuat kuasa semalam, bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

Majistret Afiq Agoes membuat keputusan melanjutkan tempoh tahanan reman lelaki berumur 52 tahun itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki itu ditahan SPRM pada 10 Okt lalu sebelum direman pada hari berikutnya selama lima hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung penyelewengan berkenaan. Agoes juga membenarkan permohonan lelaki itu untuk dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jenis penyakit yang dialami lelaki itu.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan berumur 33 tahun yang ditahan berhubung isu penyelewengan dana berkenaan direman lima hari bagi membantu siasatan SPRM. Agoes membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan SPRM yang juga diwakili oleh Rustam. — Bernama

Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM kira-kira jam 5.15 petang semalam ketika datang ke pejabat SPRM untuk memberi kenyataan. — Bernama

Advertisement