Anda di sini

Abg Jo kekal presiden SABERKAS, Abdul Karim timbalan

Advertisement
MANTAP: Abang Johari bersama barisan kepimpinan baharu Saberkas 2017-2020.
 Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
PRESIDEN: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
 Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
TIMBALAN PRESIDEN: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
 Dr Abdul Rahman Junaidi
NAIB PRESIDEN: Dr Abdul Rahman Junaidi
 Dennis Ngau
NAIB PRESIDEN: Dennis Ngau
 Gerald Rentap Jabu
NAIB PRESIDEN: Gerald Rentap Jabu
 Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
NAIB PRESIDEN: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
 Abdullah Saidol
SETIAUSAHA AGUNG: Abdullah Saidol

KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) mengekalkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sebagai presiden bagi penggal 2017-2020 menerusi Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS di sini, semalam.

Bagaimanapun, jawatan timbalan presiden diberikan kepada muka baharu iaitu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagi menggantikan Datuk Roland Sagah Wee Inn yang mengundur diri kerana ingin memberi peluang kepada muka baharu.

Naib presiden juga menyaksikan tiga muka baharu iaitu Dr. Abdul Rahman Junaidi, Dennis Ngau dan Gerald Rentap Jabu termasuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, yang menang tanpa bertanding.

Pengumuman keputusan tersebut termasuk pemilihan 25 exco Saberkas diumumkan oleh Roland Sagah pada majlis makan malam Saberkas, semalam.

Manakala jawatan setiausaha agung yang ditinggalkan oleh Dr. Abdul Rahman menyaksikan Abdullah Saidol dilantik sebagai pengganti oleh Abang Johari. 

Justeru, Abang Johari menyatakan keyakinan terhadap komposisi kepimpinan baharu yang diwakili pelbagai bangsa, kaum dan agama dalam membawa Saberkas menuju ke arah yang betul untuk manfaat para belia di negeri ini.

"Saya yakin barisan baharu Saberkas ini akan dapat terus menyumbang kepada pembangunan belia di Sarawak dan saya percaya mereka akan dapat membantu saya sebagai presiden dalam membawa Saberkas menuju ke arah baharu dalam era serba baharu ini," katanya.

Sementara itu, Abdullah menyampaikan penghargaan kepada Abang Johari di atas kepercayaan dan keyakinan beliau untuk menyerah amanah memikul tugas sebagai setiausaha agung Saberkas.

"Ini bukan tugas yang mudah untuk mentadbir sebuah organisasi belia sebesar Saberkas.

"Hala tuju Saberkas sebagai sebuah organisasi yang akan memperkasakan peranan warga belia haruslan selari dan senada dengan misi Ketua Menteri ke arah dunia digital sama ada dari aspek ekonomi, pentadbiran, pendidikan, latihan dan lain-lain perkara berkaitan," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement