Anda di sini

Trump bangkitkan kemarahan Iran

Advertisement
 Trump bercakap mengenai perjanjian Iran pada sidang media di bilik resepsi diplomatik di Rumah Putih, Washington DC kelmarin. — Gambar AFP
SARAT RETORIK: Trump bercakap mengenai perjanjian Iran pada sidang media di bilik resepsi diplomatik di Rumah Putih, Washington DC kelmarin. — Gambar AFP

Selain mengungkit sengketa lama, presiden AS itu juga ancam perjanjian nuklear

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Dona ld Trump membangkitkan kemarahan Iran kelmarin apabila cuba memansuhkan perjanjian nuklear mercu tanda melalui Kongres tanpa mempedulikan nasihat sekutu yang bimbang ketika beliau berikrar untuk berdepan dengan ‘rejim fanatik’ Tehran.

 Trump mendakwa tindakannya ‘menyahsahkan’ persetujuan Iran dengan perjanjian 2015 itu dalam satu ucapan kelmarin yang mengungkit persengketaan lama yang tercetus oleh Revolusi Islam 1979.

 Beliau mengutuk pemerintahan diktator Iran, amalannya menaja terorisme dan keganasan berterusan di Timur Tengah dan di seluruh dunia.

 Kemudian beliau memberi amaran bahawa perjanjian 2015 yang mengekang program nuklear I ran boleh dimansuhkan bilabila masa kerana gagal menangani tindakan Iran di wilayahnya dan program misil haramnya.

 Reaksi terhadap langkah Trump itu menyusul pantas dan penuh kemarahan, di mana Presiden Iran Hassan Rouhani mengecam AS semakin menentang rakyat Iran.

 Bekas setiausaha luar John Kerry, yang merundingkan perjanjian itu, menuduh Tr ump me n c e t u s k a n krisis antarabangsa lantas menyeru Kongres bertindak menghalangnya.

 “ T i n d a k a n b e l i a u mengancam kepentingan keselamatan negara dan sekutu paling rapat kita,” kata Kerry.

 Dalam bidasan berhatihati, para pemimpin Britain, Pe r anc i s dan J e rma n berkata perjanjian itu masih dikekalkan dalam kepentingan keselamatan bersama negaranegara terbabit.

 “Kami menggalakkan pentadbiran AS dan Kongres untuk memper t imbang k e s a n n y a t e r h a d a p keselamatan AS dan sekutunya sebelum mengambil sebarang langkah yang mungkin menjejaskan perjanjian tersebut.

” P r e s i d e n P e r a n c i s E m m a n u e l Ma c r o n kemudian berkata beliau mempertimbang melawat Iran selepas bercakap di telefon dengan rakan sejawatannya dari Tehran.

 Kempen Antarabangsa untuk Pelucutan Senjata Nuklear (ICANW) yang menerima Hadiah Nobel Keamanan tahun ini turut mengecam langkah tersebut s ebaga i mengga l akka n persenjataan nuklear.

 Kongres yang dikawal Republikan mempunyai tempoh 60 hari untuk membuat keputusan sama ada menetapkan semula sekatan ke atas Iran, langkah yang hampir pasti menjejaskan perjanjian tersebut.

 “Bagaimanapun, sekiranya k i t a g a g a l me n c a p a i penyelesaian dalam kerjasama dengan Kongres dan sekutu kita, nampaknya perjanjian itu akan dimansuhkan,” kata Trump dalam ucapan di televisyen dari bilik resepsi diplomatik Rumah Putih.

 Trump sudah lama berikrar untuk membatalkan salah satu pencapaian polisi presiden sebelumnya Barack Obama, menge c amnya s ebaga i perjanjian terburuk dan dipersetujui atas kelemahan.

 Perjanjian itu mengekang program nuklear Iran sekali gus memesrakan semula hubungan antara Iran dan AS, yang pernah digelar Tehran ‘Syaitan Besar’, tetapi penentangnya turut berpendapat ia mencegah usaha untuk mencabar pengaruh Iran di Timur Tengah.

 — AFP

Advertisement