Anda di sini

‘Adiwiraku’ akan ditayangkan di festival filem Tokyo

Advertisement
__alt__

FILEM ‘Adiwiraku’ (My Superheroes) yang memenangi tiga anugerah pada Festival Filem Malaysia Ke-29 barubaru ini akan ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo Ke- 30 (TIFF 2017), bulan ini.

 Ini dimaklumkan dalam laman web rasmi TIFF 2017.

 ‘Adiwiraku’ memenangi hadiah utama Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-29 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu malam, 23 September lepas.

 Drama itu yang diterbitkan dan diarahkan oleh Eric Ong, berdasarkan kisah benar pelajar SMK Pinang Tunggal di Baling, kawasan luar bandar di Kedah.

 “Sangeeta Krishnasamy memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi wataknya sebagai guru, Cheryl yang dihantar bertugas ke sebuah sekolah di kawasan luar bandar untuk memberi dorongan kepada pelajarnya mengambil bahagian dalam pertandingan Bicara Berirama dalam bahasa Inggeris.

 Penerbit eksekutif dan penulis layarnya, Jason Chong memenangi anugerah Cerita Asal Terbaik.

 TIFF 2017 dari 23 Oktober hingga 3 November akan berlangsung di Teater Rappongi di Tokyo, menghimpunkan ribuan penerbit filem, peminat ‘Adiwiraku’ akan ditayangkan di festival filem Tokyo filem, profesional, pelajar serta golongan perniagaan dan pembeli kandungan daripada seluruh dunia pada acara tahunan berprestij itu.

 Tahun ini merupakan edisi ke-30 TIFF, satusatunya festival filem Jepun yang diiktiraf Persekutuan Persatuan Penerbit Filem Antarabangsa.

 TIFF 2017 membabitkan pertandingan bagi pelbagai kategori, mempelawa penyertaan daripada seluruh dunia seperti Pertandingan Rasmi (Antarabangsa, Antarabangsa Asia, Jepun), Pertandingan Selamatkan Bumi! yang bertemakan alam sekitar, Pertandingan Muzik Video (MV) yang mewakili MV rasmi dan unik dari seluruh dunia dan Pertandingan Animasi CG.

 Anugerah Cerita Pendek Terbaik akan diberikan bagi setiap tiga kategori dalam Pertandingan Rasmi, dan pemenang Grand Prix akan dipilih daripada kalangan pemenang berkenaan.

 Filem yang dipilih pemenang Grand Prix layak dicalonkan pada Academy Awards di Amerika Syarikat pada tahun berikutnya.

 Juga akan diadakan penyertaan bagi Pertandingan Sinematik Tokyo, yang mengetengahkan filem tentang ‘Tokyo’ dan mempopularkan Tokyo Brand; inisiatif pelancongan untuk mempromosikan perniagaan perusahaan di Tokyo Metropolis serta Branded Shorts, yang merupakan satu elemen dalam festival itu yang mewakili pelbagai filem jenama terbaru yang diterbitkan oleh perbadanan dan badan kerajaan.

 Festival Filem Pendek & Asia (SSFF & Asia), festival kelayakan bagi acara tahunan Academy Awards dan satu daripada festival filem pendek antarabangsa terbesar Asia, juga akan diadakan dengan sebanyak tujuh program filem pendek akan ditayangkan pada acara tahunan itu yang bertujuan menyebarkan maklumat tentang filem pendek dan sebagai sokongan kepada pembuat filem yang sedang meningkat maju.

 Sebanyak 50 filem pendek daripada pelbagai negara akan ditayangkan dalam setiap program bebas 90 minit itu.

 — Bernama

  • oleh
  • Advertisement