Anda di sini

16 korban rusuhan di penjara Mexico

Advertisement
 Saudara mara banduan menangis sementara helikopter mencurah air untuk memadam kebakaran selepas rusuhan meletus di penjara Cadereyta, Mexico, pada Selasa lepas. — Gambar Reuters
CEMAS: Saudara mara banduan menangis sementara helikopter mencurah air untuk memadam kebakaran selepas rusuhan meletus di penjara Cadereyta, Mexico, pada Selasa lepas. — Gambar Reuters

KOTA MEXICO: Angka kematian akibat rusuhan pada Selasa lepas di penjara Cadereyta di utara Mexico meningkat kepada 16 orang pada Rabu lepas, umum pendakwa raya umum daerah Nuevo Leon.

Pada satu sidang media, Bernardo Gonzalez berkata siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian.

Beliau menambah se-kurang-kurangnya 54 banduan disiasat berhubung pe-ranan mereka dalam rusuhan itu, yang berlaku selama lebih lapan jam di penjara terletak 45 kilometer di luar bandar utama daerah Monterrey.

Rusuhan bermula ketika banduan menahan tiga pe-ngawal sebagai tebusan, membawa mereka ke bahagian atas sebuah blok asrama dan meng-ugut untuk menghumban mereka dari atas bumbung, menurut satu laporan rasmi.

Anggota polis kemudian menyerbu penjara dan terpaksa menggunakan ke-kerasan untuk menghentikan rusuhan oleh banduan, yang telah memulakan kebakaran di beberapa kawasan untuk menghalang kemasukan pa-sukan keselamatan, menurut Aldo Fasci, pengarah pusat maklumat untuk keselamatan negara.

Ini merupakan rusuhan kedua pada tahun ini di Cadereyta selepas rusuhan pada Mac lepas menyebabkan empat banduan terkorban dan beberapa yang lain tercedera. — Bernama

Advertisement