Anda di sini

Tiga wanita miliki harta curi dibicara 23 Nov depan

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 23 November depan untuk perbicaraan tiga wanita yang masing-masingnya menghadapi tuduhan memiliki harta curi.

Manakala ketiga-tiga tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut masing-masing RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Elizabeth Maureen May dan Suria Bill, kedua-duanya dari Desa Senadin di sini dan Corlina Jaidu dari Sg. Tebelian, Sibu telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan kes, ketiga-tiga tertuduh telah dituduh dengan curang menyimpan atau memiliki harta curi iaitu pelbagai jenis alat ganti kenderaan kepunyaan majikan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 11.30 pagi, 9 Ogos lalu di perkarangan Balai Polis Pusat Miri di sini.

Advertisement