Anda di sini

Dua wanita dituduh lacur gadis

Advertisement

LIMBANG: Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melacurkan seorang gadis bawah umur pada April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata tiada pengakuan direkodkan daripada ibu kandung mangsa dan seorang pemilik pusat hiburan apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Keli Mareng.

Pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 372 (1) (a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan ikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan dua penjamin warga tempatan yang berpendapatan tetap.

Kedua-dua tertuduh juga dikehendaki melapor diri seminggu sekali di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Lawas sehingga kes selesai selain diperintahkan tidak boleh menghubungi atau mendekati mangsa sehingga kes selesai. 

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Willie Liaw.

  • oleh
  • Advertisement