Anda di sini

Denda atau penjara lelaki mengaku salah judi haram

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menggenakan denda RM3,500 atau dua bulan penjara ke atas seorang lelaki mengaku bersalah terhadap tuduhan menjalankan perniagaan kedai siber atas talian secara haram.

Khoo Ching Sin, 24, dari Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan 2001, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh sebagai penjaga pusat hiburan didapati telah menjalankan perniagaan kedai siber tanpa mempunyai lesen yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6 petang, 23 September lalu di sebuah lot di Jalan Dato Permaisuri 2B Permyjaya di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement