Anda di sini

Banjir, tanah runtuh jejas Vietnam

Advertisement
 Penduduk dilihat berkumpul di hujung jambatan yang runtuh akibat banjir di Yen Bai, Vietnam kelmarin. — Gambar AFP
RUNTUH: Penduduk dilihat berkumpul di hujung jambatan yang runtuh akibat banjir di Yen Bai, Vietnam kelmarin. — Gambar AFP

HANOI: Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 40 lagi hilang apabila banjir dan tanah runtuh melanda utara dan tengah Vietnam, kata pegawai bencana semalam.

Hujan lebat membadai beberapa kawasan di negara itu pada minggu ini, dan wilayah utara Hoa Binh paling teruk terjejas dengan 11 kematian dan 21 orang hilang.

“Kami menggerakkan semua pasukan untuk mencari mangsa yang hilang,” kata seorang pegawai bencana di wilayah itu kepada AFP menerusi telefon.

Sekurang-kurangnya 37 orang maut di enam wilayah, kata Lembaga Pengurusan Bencana Vietnam, manakala pihak berkuasa berusaha untuk mencari puluhan orang yang masih hilang. 

Seorang wartawan dari Agensi Berita Vietnam di-hanyutkan oleh air sungai yang melimpah dan me-nenggelami sebuah jambatan di wilayah utara Yen Bai kelmarin.

Pihak berkuasa masih mencarinya semalam.

Imej dalam media kerajaan menunjukkan orang berjalan dalam air setinggi paras pinggang dan kawasan hutan dimusnahkan oleh tanah runtuh di beberapa wilayah.          

Sekurang-kurangnya 18 orang ditimbus oleh tanah runtuh di wilayah Hoa Binh, dan 15 orang masih hilang semalam, menurut media kerajaan.

Seorang penduduk yang ketakutan menceritakan tentang banjir buruk di bahagian lain di wilayah itu, di mana keadaan darurat telah diisytiharkan.

“Banjir kilat itu buruk sekali. Air mengalir turun dari bukit, seperti ombak setinggi tiga meter. Trafik disekat kerana banjir,” kata Phan Ba Dien kepada laman berita yang dikawal oleh kerajaan, VNExpress.

Lapan orang dilaporkan mati di dua wilayah, Nghe An dan Thanh Hoa, kata agensi bencana itu, manakala ratusan anggota tentera dan militia dikerahkan untuk usaha me-nyelamat.

Sekurang-kurangnya 400 milimeter hujan melanda utara dan tengah Vietnam sejak Ahad lepas, kata agensi bencana itu. — AFP

Advertisement