Anda di sini

Tentera maut kemalangan

Advertisement

LIMBANG: Seorang tentera maut selepas putus pergelangan kaki kirinya dalam satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori seberat 10 tan  dan motosikal berhampiran jambatan Lubai, disini tengah hari tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12.43 petang tadi mangsa Azman Ayob, 37, yang berasal dari Melaka disahkan meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah setelah kaki kirinya terputus selepas terperosok di bawah lori berkenaan.

Kaki mangsa yang putus dalam kemalangan itu.
Kaki mangsa yang putus dalam kemalangan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari arah bandar hendak menuju ke Miri.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh dan terpelesok di bawah lori berkenaan yang dari arah Batu Danau menuju ke bandar.

"Lori yang membawa kelapa sawit itu cuba mengelak lalu terbabas ke tepi jalan dan terbalik," ujarnya lagi.

"Pelanggaran itu turut menyebabkan pergelangan kaki kanan mangsa digilis tayar lori menyebabkannya terputus, di samping mangsa mengalami kecederaan parah," katanya.

Seramai sembilan anggota bomba diketuai Tawang sendiri bergegas ke lokasi kemalangan.
 

Lori 10 tan yang membawa kelapa sawit terbalik selepas terbabas ke bahu jalan.
Lori 10 tan yang membawa kelapa sawit terbalik selepas terbabas ke bahu jalan.
  • oleh
  • Advertisement