Anda di sini

RELA digesa ekalkan disiplin dan keterampilan

Advertisement

KOTA BELUD: RELA perlu mengekalkan disiplin dan keterampilan sebagai anggota pasukan beruniform selain sedia digerak apabila diperlukan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli berkata, sebagai benteng pertahanan negara, mereka harus sentiasa mematuhi peraturan yang dikuat­kuasakan dan tidak terlibat dengan kegiatan yang boleh mencemar nama baik pasukan.

Pada masa yang sama, mereka perlu menyampaikan maklumat yang betul kepada orang ramai dan tidak mudah terpengaruh dengan apa yang diterima melalui media sosial.

Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan anggota RELA yang berkorban masa dan tenaga dalam membantu pihak berkuasa memastikan keselamatan awam.

Saya juga meminta semua anggota RELA khususnya di daerah ini, supaya terus berkhidmat baik kepada masyarakat dan mengambil contoh yang baik daripada ahli lama bagi terus menjaga imej dan kekuatan pasukan,” katanya.

Musbah yang juga ADUN Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Meraikan Peserta Ujian Kemahiran Menembak Rela (UKMR) 2017 dan Petugas UKMR Sabah Rela Daerah Kota Belud di Dewan Datuk Musbah, di sini pada Isnin.

Turut hadir, Setiausaha Politik Datuk Salleh Bahrul Shawi dan Bendahari UMNO Kota Belud Datuk Jemil Sidah dan Pegawai Rela Daerah Kota Belud Yakub Zani.

Beliau berkata, RELA turut menarik perhatian kerana mereka berada di mana-mana dan dianggap kelompok paling rapat dengan masyarakat.

Justeru katanya, diharap anggota pasukan RELA boleh menjadi mata dan telinga kepada semua agensi kerajaan yang berkenaan adalah tepat.

Ini memandangkan anggota RELA dianggap mempunyai integriti yang tinggi dan lebih penting daripada itu, mereka sentiasa bersama masyarakat,” katanya.

Difahamkan, RELA Kota Belud telah menjadi juara keseluruhan pada UKMR yang diadakan di Kem Pradise, baru-baru ini, setelah mengalahkan peserta lain dari 25 daerah termasuklah Lawas, Sarawak.

Terdahulu, Pegawai RELA Daerah Kota Belud Yakub Zani berkata, semasa ujian menembak selama empat hari itu, RELA telah menggunakan senjatanya sendiri seperti M16, Pistol Clock 9mm dan senapang patah 12 bolt.

Menurutnya, setekat ini RELA Kota Belud mempunyai ahli berdaftar seramai 25,103 orang dengan 290 platun.

Pada Hari Polis di sini yang lalu, Ketua IPD Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah (kiri) telah menyampaikan sijil penghargaan daripada Persuruhjaya Polis Sabah kepada Ketua Pelatun RELA, Kisapang, di atas kerjasamanya menangkap beberapa penjenayah yang dikehendaki polis.

Advertisement