Anda di sini

Bukti kejayaan program keselamatan kebakaran

Advertisement

Dua pelajar bertindak berani dan berjaya selamatkan asrama KV Betong daripada musnah terbakar

 Keadaan yang menyebabkan kebakaran malam kelmarin.
KESAN TERBAKAR: Keadaan yang menyebabkan kebakaran malam kelmarin.
 Keadaan yang menyebabkan kebakaran malam kelmarin.
KESAN TERBAKAR: Keadaan yang menyebabkan kebakaran malam kelmarin.

BETONG: Keberanian dua pelajar perempuan Kolej Vokasional (KV) Betong memadamkan api untuk menyelamatkan asrama daripada terbakar membuktikan program keselamatan kebakaran anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum ini berjaya diaplikasi dalam kejadian sebenar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PPgB James Whelan@Whelan Ngang memberitahu, fokus dan tanggungjawab membangkitkan keyakinan diri dua pelajar itu memadamkan api berpandukan ilmu diperoleh daripada program dilaksana di sekolah.

Pengalaman dua pelajar perempuan Dayang Ranisawati Abang Noor bersama Durratun Nasihah Ramli menghadiri ceramah berkaitan keselamatan kebakaran di sekolah berjaya memadam kebakaran menggunakan satu tabung alat pemadam api jenis debu kering,” katanya.

Katanya, ketika kejadian malam kelmarin Dayang Ranisawati kebetulan sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bersebelahan bilik terbakar dan tiba-tiba dikejutkan jeritan rakan memberitahu berlaku kebakaran.

Tanpa berfikir panjang dia terus berlari ke bilik tersebut dan cuba mematikan suis yang sedang terbakar namun api semakin marak.

Dalam keadaan panik datang rakannya, Durratun Nasihah membawa seunit alat pemadam api dari tingkat satu bangunan tersebut dan kedua-duanya memberanikan diri menghalakan pemadam api ke arah kebakaran tersebut sehingga berjaya memadamkan api,” katanya mengulas tentang kejadian itu.

Beliau bersama Pegawai Operasi BBP Betong, PBK 1 Henry Jugah bergegas ke lokasi kejadian bersama anggota sekitar jam 8.52 malam kelmarin setelah menerima panggilan kecemasan daripada pihak kolej.

Ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, didapati api telah dipadamkan oleh dua pelajar terbabit.

Ini adalah hasil inisiatif pihaknya yang sering mengadakan ceramah keselamatan kebakaran yang telah dapat menyelamatkan (harta benda) berjuta-juta ringgit daripada terbakar dan amat memberi kesan yang positif,” tegasnya.

Beliau turut memuji keberanian pelajar terbabit kerana dapat memadam api dan menyelamatkan harta benda sekolah dan memberi anggaran tentang peratusan kebakaran sebanyak lima peratus. Manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengarah KV Betong Lim Ah Juan yang diberitahu tentang kejadian itu jelas terkejut dan terus menghubungi BBP Betong untuk memaklumkan tentang kebakaran Blok H Asrama Perempuan di kolejnya.

Saya amat terkejut mendengar kejadian itu lalu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Saya juga bersyukur atas kepantasan pelajar memadam kebakaran tersebut dan berjaya menyelamatkan keadaan,” katanya.

Lim turut merakamkan terima kasih kepada pihak bomba kerana telah mendedahkan kepada mereka tatacara memadam api semasa program ‘fire drill’ dan ceramah keselamatan kebakaran di kolejnya.

 Dayang Ranisawati (kanan) dan Durratun Nasihah yang menyelamatkan asrama mereka daripada terbakar, malam kelmarin.
PENYELAMAT: Dayang Ranisawati (kanan) dan Durratun Nasihah yang menyelamatkan asrama mereka daripada terbakar, malam kelmarin.
  • oleh
  • Advertisement