Anda di sini

Perbicaraan lelaki dituduh bunuh jiran, 21 November

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 21 November depan untuk perbicaraan kes seorang lelaki dituduh melakukan pembunuhan tanpa niat hingga menyebabkan kematian seorang jiran.

Tertuduh yang gagal mengemukakan wang jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan diperintahkan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

James Francis Sandin, 29, dari L/S 384 Kampung Pasir, Lutong dituduh melakukan pembunuhan tanpa niat sehingga menyebabkan kematian Jaya Nyandang, 51.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, 19 Mac tahun ini di rumahnya di L/S 384 Kampung Pasir Lutong di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu perbicaraan memandangkan tertuduh masih mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya serta minta dibicara lanjut.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement