Anda di sini

Dadah: Wanita warga asing dipenjara empat bulan

Advertisement

MIRI: Seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan menggunakan dadah berbahaya jenis methamphetamine.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 19 Ogos lalu.

Tertuduh juga dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk proses penghantaran pulang ke negara asalnya setelah selesai menjalani hukuman penjara.

Jasmin Sahai, 28, dari Kalimantan, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati menggunakan dadah berbahaya jenis methamphetamine disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952, dengan memasukkan dadah tersebut ke dalam tuduh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 2.05 petang, pada 19 Ogos lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement