Anda di sini

AXA Affin Life menyasarkan tarik lebih ramai pelanggan

Advertisement
 (Dari kiri) Anna, Nathan, Emmanuel, Evon dan Kenneth memotong reben bagi merasmikan pembukaan cawangan baharu AXA Affin Life di Sibu semalam.
RASMI: (Dari kiri) Anna, Nathan, Emmanuel, Evon dan Kenneth memotong reben bagi merasmikan pembukaan cawangan baharu AXA Affin Life di Sibu semalam.

SIBU: AXA Affin Life menyasarkan menarik lebih ramai pelanggan selari dengan kadar penembusan insurans hayat sebanyak 75 peratus menjelang 2020 diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Pengedaran dan Pegawai Pemasarannya, Emmanuel Whery berkata ketika ini pembukaan serta penempatan semula cawangannya di sini hanya berjaya menarik 54 hingga 56 peratus sahaja.

“Ia adalah tanggungjawab kami sebagai penanggung insurans menarik seramai mungkin pelanggan melalui pelbagai saluran pengedaran terutamanya agensi kami bagi memastikan pelanggan kami di sini memahami keperluan produk dan insurans secara keseluruhan,” katanya di sini semalam.

Mengenai cawangannya di sini, beliau menjelaskan pusat khidmat pelanggannya merupakan penyelesaian sehenti memenuhi keperluan pelanggan sama ada insurans am atau hayat.

Emmanuel yakin cawangannya itu meningkatkan keyakinan pelanggannya terhadap perkhidmatan dan produk mereka selain sebagai pusat sehenti mampu menjimatkan masa menunggu.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Agensi Kanan (SADD) Kenneth Chu menyifatkan pembukaan cawangannya di sini positif terhadap perniagannya semakin berkembang, mantap dan kuat.

Turut hadir Ketua Pegawai Agensi Evon Tan, Pengarah Latihan Lee Sook Fern, Pengurus Agensi, Anna Lee dan Pengarah Pembangunan Agensi, Nathan Wong.

Advertisement