Anda di sini

Jus Tongkat Ali dengan ramuan herba untuk stamina luar biasa

Advertisement
Pengambilan Jus Tongkat Ali secara konsisten boleh menyumbang tahap kesihatan lelaki secara keseluruhan.
Pengambilan Jus Tongkat Ali secara konsisten boleh menyumbang tahap kesihatan lelaki secara keseluruhan.

KITA sering mendengar istilah stamina lelaki yang selalu menjadi persoalan dan juga punca kepada permasalahan kesihatan dalaman lelaki yang boleh mengakibatkan prestasi seharian seseorang individu menurun.

Sebagai seorang lelaki, menjaga kesihatan dalaman adalah amat penting lebih-lebih lagi apabila anda memikul tanggungjawab yang besar. Stamina yang baik bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malahan juga untuk kesihatan mental yang lebih fokus dan produktif.

Justeru Jamu Jelita menghasilkan Jus Tongkat Ali yang khusus untuk lelaki yang tidak terhad pada golongan yang sudah berkahwin sahaja malah boleh diamalkan seawal usia 18 tahun untuk tenaga berpanjangan dalam menjalani aktiviti seharian yang padat.

Seperti juga wanita, hormon lelaki akan menurun sebaik mencapai usia 30-an. Pengambilan Jus Tongkat Ali secara konsisten boleh menyumbang tahap kesihatan lelaki secara keseluruhan dengan membantu badan meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu sejenis hormon utama untuk lelaki dan ramuannya turut membantu menstabilkan kadar aliran darah dan kadar metabolisme.

Gabungan herba dan buah-buahan daripada khazanah alam yang dimanfaatkan untuk kesihatan dalaman dan luaran khusus buat lelaki kini di pasaran.

Mempunyai rumusan daripada 20 jenis herba yang khusus dan telah digunakan secara tradisional untuk kesihatan dalaman lelaki, Jus Tongkat Ali merupakan minuman kesihatan untuk lelaki yang dipercayai keberkesanannya dan terlaris di pasaran dengan gabungan tiga jenis bahan utama seperti jus anggur, madu dan Tongkat ali. 

Selain itu, ia juga digabungkan dengan herba tradisional untuk lelaki termasuk makanan sunnah dan buah-buahan antioksidan. Antaranya Butea Superba, Cengkih, Cordyceps, Acaiberry, Goji Berry, Delima termasuklah akar Ginseng yang membantu melancar dan meningkatkan peredaran darah serta Ginkgo Biloba membantu meremajakan kulit dan melambatkan proses penuaan.

Jus Tongkat Ali juga dipercayai pengguna kerana kandungannya yang asli dan diformulasi oleh pakar pemakanan dan pakar nutrisi bertauliah.

Dijual pada harga berpatutan, Jus Tongkat Ali terdapat di setiap toko jamu, kiosk dan stokis berdekatan pada harga serendah RM33.90 (SM) dan RM35.90 (SS) setiap satu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian 03-33599872 atau WhatsApp di 013-3535753 untuk konsultasi percuma. Anda juga boleh melayari laman sosial Instagram: @jamujelita.official dan Facebook: Jamu Jelita untuk informasi menarik dan peluang memenangi produk percuma setiap minggu.

Advertisement