Anda di sini

Guru mengaku tidak bersalah cabul murid

Advertisement
 Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuching semalam.
DIDAKWA: Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuching semalam.

KUCHING: Seorang guru mengaku tidak bersalah atas 14 tuduhan mencabul murid di sebuah sekolah di Serian sejak Mei lalu.

Bagaimanapun Mahkamah Sesyen Kuching semalam menetapkan 25 Oktober ini sebagai sebutan semula kes tersebut.

Pada sesi pertuduhan itu, Hakim Shafiza Abdul Razak menjelaskan bahawa masa yang diberikan adalah untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut terhadap tertuduh, Lee Chee Chiang, 37.

Lee didakwa mencabul lima mangsa yang merupakan murid di sekolah rendah yang sama sejak Mei hingga Ogos 2017.

Menurut Shafiza, tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana kes itu melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Ketika dibacakan 14 pertuduhan cabul, Lee yang diwakili peguam, mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap pada jam 3 petang, 2 Oktober lalu selepas pihak polis menerima laporan daripada dua keluarga mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya berkata, kesemua mangsa guru berkenan berusia antara 10 hingga 11 tahun.

Menurut Dev, kes amang seksual fizikal itu membabitkan dua murid berusia 10 tahun oleh seorang guru di Serian yang disiasat mengikut Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pada bulan Mei, mangsa telah dipanggil suspek ke pejabat Hal Ehwal Murid di sebuah sekolah di Serian, suspek telah mengunci pintu dan mencabul mangsa.

Pada Ogos pula, mangsa kedua dibawa ke sebuah bilik stor di sekolah yang sama sebelum dicabul, tetapi mangsa sempat menghalang dan lari masuk ke kelas,” katanya.

Dev berkata keluarga mangsa telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah namun tiada respons diterima.

Sehubungan itu katanya, pihak keluarga bertindak membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement