Anda di sini

Dua beradik mengaku tidak bersalah curi makanan, menangis di mahkamah

Advertisement

PETALING JAYA: Dua beradik perempuan yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri pelbagai jenis makanan bernilai hampir RM500, menangis teresak-esak di Mahkamah Majistret di sini semalam sepanjang prosiding kes mereka.

Penganggur, Nalira Shidika Kathemiran, 19, dan adiknya berusia 17 tahun  juga menangis semasa pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mereka didakwa bersama-sama mencuri pelbagai jenis makanan antaranya nuget ayam, daging burger, susu tepung, gula dan barang-barang lain di pasar raya AEON One Utama, Bandar Utama, Damansara, di sini, pada jam 6.56 petang, 5 Okt lepas.

Mereka yang memakai baju T sedondon berwarna hitam didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda. — Bernama

Advertisement