Anda di sini

Perkhemahan mampu didik pelajar jadi warga berguna

Advertisement
__alt__

SERAMAI 150 peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 unit beruniform menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi.

 Mereka terdiri daripada Pengakap, Tunas Puteri, Tunas Kadet Remaja, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam bersama dalam program yang diadakan baru-baru ini di tapak perkhemahan SK Semerah Padi di Kuching.

 Bertemakan kerja bersama-sama pasukan dan kumpulan, semua peserta telah dibahagikan dengan jumlah yang sama rata untuk membentuk kumpulan dalam mengharungi pelbagai aktiviti yang mencabar dan memerlukan semangat berpasukan selain mengetengahkan bakat kepimpinan murid-murid.

 Berucap merasmikan penangguhan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Semerah Padi (SKSP), Guru Besar SKSP, Ismail Ibrahim merangkap Komandan Kadet Remaja Sekolah (KRS) menyatakan rasa bersyukur dan penghargaan atas komitmen para guru dan murid-murid sepanjang perkhemahan ini berlangsung.

 “Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

 Jika kita kurang ilmu, nilai peribadi yang rendah dan sering melanggar disiplin sekolah, ia akan membawa keruntuhan negara pada masa hadapan.

 “Pengalaman yang anda lalui sepanjang perkhemahan ini bertujuan mendidik anda sebagai seorang pelajar agar menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

 “Saya percaya perkhemahan ini berjaya kerana sumbangan dan kerjasama berpasukan anda.

 Syabas kepada semua yang terlibat terutamanya Unit Ko- Kurikulum Sekolah Kebangsaan Semerah Padi,” jelas Ismail lagi.

 Hadir sama pada majlis penangguhan tersebut ialah Penolong Kanan Pentadbiran Rufiah Asenah Saruji, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Salbiah Tegak, Penolong Kanan Ko-Kurikulum Hatta Anand Kamal, Penyelaras Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Zulkiflee Sebli serta guru-guru penasihat unit-unit beruniform SKSP.

 Sepanjang perkhemahan tiga hari dua malam itu, pelbagai aktiviti dijalankan dan antaranya Masakan Rimba, Pertandingan Kawad Kaki, Aktiviti Burung Hantu, Larian Berhalangan dan Kebudayaan.

 Hadiah-hadiah kepada kumpulan yang menang telah disampaikan oleh Guru Besar.

  • oleh
  • Advertisement