Anda di sini

Ibu lacur anak, pemilik karaoke direman tiga hari

Advertisement

LAWAS: Dua suspek wanita disyaki terlibat dalam kejadian melacur remaja bawah umur pada April lepas, direman selama tiga hari, bermula hari ini.

Permohonan reman bagi ibu kandung mangsa 30 dan seorang lagi suspek yang juga pemilik sebuah premis hiburan di bandar ini berusia 45, diluluskan oleh Pegawai Tadbir Negeri (SAO) Keli Mareng.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Willie Liau.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata tahanan reman itu dilakukan bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes.

Katanya, pihaknya masih memburu suspek lelaki yang dipercayai terlibat merogol mangsa.

Mangsa, 14, yang juga dihantar ke Hospital Lawas untuk mendapatkan pemeriksaan, mendakwa menjadi habuan seks seorang lelaki yang tidak dikenali April lepas, yang merogolnya sebanyak tiga kali di sebuah hotel di bandar ini.

Kejadian malang itu didedahkan kepada ketua kampung yang kemudiannya membawa mangsa membuat laporan polis jam 10.55 pagi kelmarin di Balai Polis Lawas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1)(a) dan (d) Akta Kanak-Kanak 2001.

REMAN: Ibu mangsa (kiri) dan seorang lagi suspek wanita ketika dibawa anggota polis untuk tahanan reman hari ini.
  • oleh
  • Advertisement