Anda di sini

Berjuang demi Sarawak

Advertisement
 Abang Johari (tengah) dan isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang bersama pemimpin negeri dan peserta Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 melaungkan ‘ohha!’ selepas sesi Santai Bersama Abang Jo di Dewan Tun Razak, PWTC Kuala Lumpur semalam.
BERSATU: Abang Johari (tengah) dan isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang bersama pemimpin negeri dan peserta Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 melaungkan ‘ohha!’ selepas sesi Santai Bersama Abang Jo di Dewan Tun Razak, PWTC Kuala Lumpur semalam.

  Abang Johari berikrar terus berusaha bangun negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan.

KUALA LUMPUR: “Saya akan berjuang dan melindungi Sarawak demi masa depan negeri kita,” demikian tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bercakap pada sesi Santai Bersama Abang Jo sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam, Abang Johari berkata beliau akan terus berusaha membangunkan Sarawak.

Orang Sarawak ada prinsip, kita nak bangunkan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan.

Semua ini adalah demi masa depan Sarawak, demi masa depan generasi akan datang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan masyarakat Sarawak bukan mudah untuk dipermainkan.

Kita (orang Sarawak) bukan ‘paloi’ (bodoh), kita tahu apa kita hendak buat dengan pembangunan negeri kita.

Mungkin ada yang cuba masuk campur urusan kita, tetapi kita ada prinsip,” katanya.

Apa yang penting, tambahnya, Sarawak akan terus membangun menerusi perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Ini termasuk pembangunan infrastruktur fizikal dan modal insan berdaya saing serta mempunyai mentaliti global.

Anak Sarawak mesti mempunyai pemikiran global supaya terus berjaya bukan sahaja di peringkat tempatan, malah mampu mencipta nama di persada antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program Abang Johari berkata beliau menyerahkan keputusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada Pengerusi BN pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ketua Menteri, beliau ada menerima senarai calon BN di peringkat negeri, namun enggan mendedahkan senarai nama calon yang telah diterima.

Saya (Pengerusi BN Sarawak) ada menerima senarai calon di peringkat negeri.

Cuma perkara ini saya serahkan kepada Pengerusi BN pusat (Najib) untuk membuat keputusan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement