Anda di sini

Uji pandu BMW pada Jualan Ulang Tahun Regas Premium Auto

Advertisement

BINTULU: Regas Premium Auto Sdn Bhd mengadakan Jualan Ulang Tahun Regas Premium Auto dengan menawarkan promosi uji pandu serta promosi istimewa untuk pelanggan yang ingin melakukan uji pandu kenderaan mewah BMW enam jenis model selama tiga hari bermula semalam (6 Oktober) hingga (8 Oktober) Ahad ini.

Enam model kereta BMW yang boleh diuji pandu ialah 118i, 318i, 330e (plug-in kenderaan elektrik hibrid), 530i, X1 dan X5 (plug-in kenderaan elektrik hibrid).

Dua model kereta mini pula terdiri daripada Mini Countryman dan Mini Clubman. Promosi rebat yang ditawarkan untuk kenderaan ini ialah sehingga RM27,000.

Para pelanggan yang ingin menempah dalam tempoh tiga hari promosi itu akan mendapat pilihan produk-produk gaya hidup BMW atau Mini yang bernilai sehingga RM5,000 secara percuma.

Pembelian kenderaan ini akan mendapat jaminan lima tahun tanpa had jarak perbatuan serta servis percuma lima tahun atau 100,000 kilometer yang mana lebih awal.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Ketua Jualan, Josephone Tay di talian 016-578118 atau datang ke Regas Premium Auto Sdn Bhd di 3774, Jalan Tun Razak Bintulu.

Advertisement