Anda di sini

Program ‘Ceria i-Star’ kembali untuk musim kedua di Astro malam ini

Advertisement
__alt__

PROGRAM Islamik popular, ‘Ceria I-Star’ kini bakal muncul semula di siaran Astro Ceria mulai hari ini.

Program ini menampilkan 11 peserta untuk mempersembah bakat mereka dalam menyampaikan kandungan islamiah.

Program Ceria I-Star musim kedua ini masih mengekalkan pelawak, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad dan penceramah bebas, PU Yeop, sebagai pengacara.

Bercakap pada sidang media baru-baru ini, Penolong Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Mohd Irwan Abdul Rauf berkata, kejayaan program ini pada tahun lalu telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi dalam program Ceria i-Star.

“Sambutan yang diterima sungguh di luar jangkaan baik dari segi jumlah penyertaan semasa sesi ujibakat mahupun sokongan padu penonton,” katanya.

KANDUNGAN ISLAMIK

“Ini membuatkan kami berasa bertanggungjawab untuk meneruskan program yang mengangkat kandungan mesej Islamik menerusi kepelbagaian bakat ini bagi musim kedua,” tambah beliau.

“Saya yakin, kehadiran bakat-bakat besar ini di pentas Ceria i-Star 2017 akan menjadi penganjuran program pada musim ini lebih hebat,” kata Irwan.

Bagi menampilkan kelainan pada musim ini, Astro Ceria turut menjemput pelawak dari Indonesia, Dzawin Nur Ikram atau lebih dikenali sebagai Dzawin sebagai pengacara bersama.

Program ‘Ceria i-Star 2017’ menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi untuk juara, RM10,000 beserta trofi untuk pemenang tempat kedua dan RM5,000 beserta trofi untuk pemenang tempat ketiga.

Jangan lupa menonton Ceria i-Star 2017 yang akan bersiaran mulai 7 Oktober 2017 (hari ini), jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan siaran serentak di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135). Ceria i-Star 2017 turut boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.  — Bernama

Advertisement