Anda di sini

20 pegawai PDRM Bintulu jalani latihan ‘trim & fit’

Advertisement
 Sebahagian daripada anggota PDRM Bintulu yang turut serta dalam latihan berkenaan.
AKTIVITI SIHAT: Sebahagian daripada anggota PDRM Bintulu yang turut serta dalam latihan berkenaan.

SEKITAR 20 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu mengadakan latihan ‘trim & fit’ di kawasan laluan jungle treking, Taman Tumbina Bintulu di Bintulu, baru-baru ini.Antara objektif utama penganjuran latihan ini ialah bagi menggalakkan budaya gaya hidup sihat dalam kalangan anggota polis dengan mengadakan pelbagai latihan demi kecergasan fizikal dan minda.

Pada masa sama ia juga diharap dapat menangani masalah kesihatan dalam kalangan anggota polis khususnya masalah obesiti serta masalah kesihatan yang lainnya ke arah melahirkan anggota polis sihat tubuh badan seterusnya meningkatkan daya kecekapan serta produktviti kerja mereka.

Program itu secara amnya melibatkan pegawai polis termasuklah pegawai kanan dan juga pegawai awam yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Advertisement