Anda di sini

Zairul teruskan misi berbasikal jelajah Miri hingga KK

Advertisement
 Rombongan sebelum berangkat dari Limbang ke Labuan.
TERUSKAN MISI: Rombongan sebelum berangkat dari Limbang ke Labuan.

SELEPAS berjaya menakluki Borneo pada kayuhan solo Trans Borneo tahun lepas, kakitangan penjara Koperal Zairul Azmin Bohari, 37, meneruskan misi sama untuk menjelajah Miri, Brunei, Limbang, Labuan dan Kota Kinabalu, barubaru ini.

 Jelajah yang bermula dari 19 hingga 26 September itu dilakukan secara berkumpulan (sembilan pengayuh) yang semuanya terdiri daripada Kelab Peminat Basikal dari Taiping Perak.

 Misi bermula di Miri sebelum meneruskan kayuhan dan bermalam di Jabatan Penjara Jerudong Brunei (20 September).

 Di Brunei, rombongan berjaya menawan Bandar Seri Begawan, selain singgah di beberapa penjara di Brunei, iaitu penjara Tutong, Muara dan Jerudong, kemudiannya meneruskan perjalanan ke daerah yang dikenali dengan ikon kerbau (Limbang).

 Berada di daerah ini Zarul sempat merasa keenakan menu udang galah, selain sempat meronda di beberapa kawasan di Limbang.

 BAKAT dan keyakinan diri 30 kanak-kanak Tabika KEMAS Limbang terserlah pada pertandingan pakaian beragam di Dataran Jubli Emas sempena Tamu Ria anjuran Jawatankuasa Rekreasi Pemuda Bukit Kota di Limbang, baru-baru ini.

 Bertemakan Hari Malaysia, kanak-kanak tampil dengan pakaian menyerlahkan semangat patriotisme dan cintakan negara.

 Program bermula jam 8 malam itu turut menarik kehadiran pengunjung yang tidak melepaskan peluang menyaksikan si cilik beraksi.

 Selain menyerlahkan bakat dan keyakinan kanak-kanak, program itu mampu memupuk semangat cintakan negara WALAUPUN dalam keadaan hujan lebat, seramai 80 ahli Kelab Berbasikal Swan Sibu berjaya melengkapkan kayuhan sejauh 18 kilometer di Sibu, baru-baru ini.

 Hujan lebat yang turun kira-kira jam 6.30 petang, tidak menjejaskan kesungguhan ahli-ahli kelab tersebut untuk meneruskan kayuhan.

 Upacara pelepasan telah disempurnakan oleh Kapitan Toh Jack Kuong.

 Menurut presiden kelab itu, Allen Ngu, aktiviti berbasikal diadakan setiap malam Jumaat.

 “Aktiviti ini kami lakukan setiap malam Jumaat sebagai aktiviti riadah selepas penat seminggu bekerja.

 “Aktiviti berbasikal bermula pada jam 7 malam setiap hari Jumaat di lokasi yang berbeza.

 Orang ramai yang ingin turut serta juga adalah dialu-alukan,” katanya.

 Para penunggang basikal kebiasaannya akan melalui jalan di pinggir bandar, ini kerana kawasan seperti itu kurang dilalui oleh kenderaan dan sebagai langkah keselamatan.

 Pada masa sama, mereka turut menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa tempatan untuk melaporkan keadaan jalan raya yang kurang sempurna.

 Pada masa ini, kelab itu mempunyai seramai 87 ahli.

 Turut berucap ialah pengerusi penganjur Wong Siu Kiong.

 SERAMAI 60 terdiri daripada kanak-kanak, guruguru pembimbing dan ibu bapa Tadika Gemilang mengadakan lawatan sambil belajar di Lapangan Terbang Miri, di Miri baru-baru ini.

 Penyelia Tadika Gemilang Chai Kim Kui berkata, lawatan itu bagi memberi pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan ibu bapa cara bekerja di Lapangan Terbang Miri.

 “Mereka sangat gembira dan menikmati lawatan kali pertama itu dan paling menarik mereka berpeluang melihat lebih dekat operasi Lapangan Terbang Miri,” katanya.

 Ketibaan rombongan itu disambut Pegawai Operasi Malaysia Airports Berhad (MAB) Miri, Nauffal Rano Gelong yang turut memberi taklimat keselamatan sepanjang lawatan itu.

 Zairul teruskan misi berbasikal jelajah Miri hingga KK Selepas Limbang, Zairul dan rakan-rakan meneruskan kayuhan ke pulau bebas cukai, Labuan sebelum ke Kota Kinabalu iaitu destinasi terakhir dalam jelajahnya kali ini.

 Zarul berkata, selain mencari pengalaman manis di tempat orang, kayuhan itu mampu memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pengayuh basikal.

 “Kayuhan ini juga dilakukan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Maal Hijrah 1439 dan kita juga berkayuh dari masjid ke masjid,” katanya baru-baru ini.

  • oleh
  • Advertisement