Anda di sini

John Mathew pertaruh album ‘Samsung Kena Pangka’

Advertisement
 John (kanan) bersama ahli keluargannya serta barisan model yang turut menjayakan pembikinan album baharunya.
SOKONGAN: John (kanan) bersama ahli keluargannya serta barisan model yang turut menjayakan pembikinan album baharunya.

PENDATANG baharu iaitu John Mathew akan mempertaruhkan album solonya berjudul ‘Samsung Kena Pangka’ untuk bersaing dalam industri muzik Iban.

 Album ini baharu sahaja selesai dicetak semalam (Khamis) dan dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat ini.

 Pemuda yang berasal dari Rumah Bana, Sungai Serakit, Sebauh, Bintulu ini melahirkan rasa gembiranya selepas penat lelahnya selama lapan bulan untuk menyiapkan album ini berjaya direalisasikannya.

 “Segala minat dan impian selama ini tercapai apabila berjaya mengeluarkan album solo.

 Apatah lagi ia sudah dicetak hanya menunggu untuk diedarkan di pasaran sahaja.

 “Demi minat serta menjayakan pembikinan album ini, saya sanggup mengeluarkan wang ringgit sendiri hasil titih peluh selama ini,” katanya kepada pemberita di Sibu, semalam.

 John yang juga merupakan ahli perniagaan di Bintulu turut memberitahu album barunya ini tidak bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman.

 Jelasnya, beliau lebih kepada penyanyi ‘indie’ iaitu tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

 “Saya lebih selesa bebas kerana segala proses dan prosedur pengeluaran dan pencetakan album adalah atas nama saya sendiri,” katanya lagi.

 Beliau bagaimanapun tetap yakin dengan album ini lebih-lebih lagi dengan lagu ‘Samsung Kena Pangka’ kerana bakal mempunyai ‘aura’ tersendiri.

 “Lagu itu juga adalah lagu hits dalam album ini.

 Selain lagu itu, lagu-lagu lain ialah ‘Apai Urang Ngaku Diri Bujang’, ‘Ayak Agi Ngacham’, ‘Teperasa’, ‘Dara Gantung Sengayuh’, ‘Buya’, ‘Ngingkas Ke Diri’ dan ‘Pedis’.

 “Kesemuanya ada lapan buah lagu di mana ia berentak Twist, Agogo dan Pop Balada.

 Semua lagu ini datangnya dari seorang komposer baharu iaitu Joannes Ensan manakala ideanya dari saya sendiri.

 “Susunan muzik adalah dari Midas Priest yang merupakan seorang komposer bebas yang tidak asing lagi.

 “Rakaman serta penggambaran klip video ini dijalankan oleh sebuah studio bebas di Sibu di mana lokasi penggambaran di Pantai Belawai dan beberapa lokasi menarik di Sibu,” kata penyanyi itu yang menjadikan Embat Lala dan Rickie Andrewson sebagai idolanya.

 Beliau memberitahu bahawa dia mula menghasilkan album ini pada Januari lepas.

 Sementara itu, John menjelaskan bahawa lagulagu dalam albumnya itu mengisahkan cara-cara kehidupan masyarakat masa kini yang hidup pesat dengan ledakan teknologi dan mempunyai moral di sebalik lagunya itu.

 Dengan album baharunya ini, John berharap ia akan dapat bersaing secara sihat dengan penyanyi-penyanyi lain yang sedia ada di dalam industri muzik Iban.

 “Diharap album ini akan mendapat tempat di industri muzik Iban memandangkan ia lebih kepada ‘rentak rumah panjang’ yang dilihat mampu bersaing di pasaran lagu-lagu Iban.

 “Selepas ini, saya juga bertekad untuk terus melahirkan seberapa banyak album akan datang demi minat,” ujarnya sambil merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada mereka termasuk ahli keluarganya yang turut menjayakan pembikinan albumnya ini.

  • oleh
  • Advertisement