Anda di sini

Serangan misteri, AS usir 15 diplomat Cuba

Advertisement
 Bendera Cuba berkibar di luar kedutaannya di Washington DC, kelmarin. — Gambar AFP
DIUSIR: Bendera Cuba berkibar di luar kedutaannya di Washington DC, kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengarahkan pengusiran 15 diplomat Cuba kelmarin, selepas ia menuduh Havana gagal melindungi diplomat Amerika daripada kemudaratan dalam siri serangan ke atas kesihatan mereka.

Bagaimanapun Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata Washington akan mengekalkan hubungan diplomatik tetapi saiz misi AS di Havana akan dikurangkan kepada minimum.

Menteri Luar Cuba Bruno Rodriguez Parrilla membantah arahan itu yang dianggap tidak berasas, tidak wajar dan tidak boleh diterima, tetapi tidak segera mengancam tindak balas lanjut.

Serangan itu yang menjejaskan 22 kakitangan kedutaan AS di Havana sejak beberapa bulan lalu, mulanya disyaki dijalankan dengan alat akustik sulit atau senjata bunyi yang tidak dapat didengar dengan telinga kasar sama ada di dalam mahupun di luar kediaman di Havana.

Mangsa mempamerkan simptom fizikal seperti sakit telinga, hilang pendengaran, pening, sakit kepala, keletihan, isu kognitif dan sukar tidur.

Operasi rutin visa AS yang rutin di Havana sudah digantung sampai bila-bila masa, dan pegawai AS telah menasihatkan warga Amerika untuk tidak melawat pulau tersebut.

Warga Kanada di Cuba juga cedera, dan sumber kedutaan negara itu memberitahu, lebih lima keluarga terjejas, termasuk beberapa kanak-kanak. — AFP

Advertisement