Anda di sini

Muzium digital papar keunikan ekologi dan geologi Bario

Advertisement
 Uggah menggunakan Virtual Reality (VR) Box untuk melihat rakaman hasil penyelidikan muzium digital tersebut.
CUBA: Uggah menggunakan Virtual Reality (VR) Box untuk melihat rakaman hasil penyelidikan muzium digital tersebut.
 Lakaran perbezaan manusia zaman dahulu dengan sekarang.
BEZA: Lakaran perbezaan manusia zaman dahulu dengan sekarang.

SEIRING dengan perancangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mentransformasi ekonomi Sarawak ke arah ekonomi digital dan teknologi kreatif, sekumpulan penyelidik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya menghasilkan sebuah muzium berbentuk digital di Bario.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FSGK merangkap Ketua Penyelidik Dr Yakup Mohd Rafee berkata penubuhan muzium ini adalah kesinambungan hasil pengekodan dan pendokumentasian segala hasil kajian batu-batu megalith di tanah tinggi Kelabit berkenaan.

Menurutnya, penghasilan muzium ini merupakan jemputan daripada Persatuan Rurum Kelabit sendiri kerana melihat potensi hasil dokumentasi penyelidikan yang dijalankan sebelum ini menjurus kepada digital.

Ini adalah peluang untuk berkongsi kepada masyarakat Kelabit dan pengunjung-pengunjung bagi melihat warisan budaya terdapat di sini.

Memandangkan kedudukan Bario ini jauh dari pusat bandar, apa salahnya kita manfaatkan penggunaan digital dan teknologi bagi membuka lebih luas pintu maklumat ini kepada orang luar.

Oleh sebab itu, apa yang kami paparkan melalui penggunaan teknologi, video dan gambar dapat membawa penonton melihat bagaimana penyelidikan dijalankan,” katanya ketika ditemu bual semasa Majlis Perasmian Muzium Digital Bario semasa Pesta Nukenen 2017 baru-baru ini.

Muzium berkenaan telah sempurna dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Inisiatif menggunakan teknologi seperti gambar dan video ini membolehkan penontonnya dapat berkongsi di Internet dan laman sosial.

Menurut Yakup, FSGK juga melihat potensi seni visual berperanan memberikan sumber maklumat mengenai ekologi dan geologi kepada penonton dengan cara yang lebih mudah difahami.

Dengan penggunaan visual menjadikan ia lebih kreatif dan santai dalam memberikan penerangan kepada penonton.

Pendekatan yang terlalu akademik kadangkala sukar difahami oleh sesetengah pihak,” katanya.

Jelas Yakup, dalam dunia berteknologi tinggi kini, penyebaran maklumat tidak boleh lagi di takuk lama di mana

semuanya dalam konteks teks atau buku.

Untuk menjadi satu digital ekonomi yg berkembang maju, kita patut memanipulasi atau memanfaatkan teknologi itu sebaik mungkin.

Menerusi medium digital yang kami gunakan, orang luar dapat menerima dan membaca maklumat dengan lebih awal.

Adanya pendedahan secara interaktif dan menggunakan teknologi ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai bagi mengetahui keunikan Bario itu sendiri,” katanya.

Perkara menarik mengenai muzium digital ini ialah para penyelidik memaparkan monumen penting Bario dalam kontek 360 darjah.

Pelbagai sisi gambar diambil dan dilakarkan untuk kemudahan penonton yang ingin mengetahui rupa bentuk batu-batu megalith yang terdapat di situ.

 Pengkaji membuat rakaman 360 darjah Batu Ritung Pa’Lungan.
360 DARJAH: Pengkaji membuat rakaman 360 darjah Batu Ritung Pa’Lungan.

Pada masa ini, kesemua maklumat yang didokumentasikan boleh ditonton menerusi laman YouTube.

Yakup turut menambah bahawa pada masa akan datang penyelidik akan berusaha membina laman web khusus bagi memaparkan maklumat mengenai batu-batu bersejarah berkenaan.

Selain itu, Yakup menyifatkan masyarakat Kelabit di sini cukup kaya dengan budaya yang masih lagi wujud sehingga ke hari ini.

Jadi dengan itu, mereka sepatutnya berbangga dan jadikan segala maklumat yang kami perolehi ini sebagai sumber rujukan utama pada masa akan datang.

Kajian yang dijalankan selama setahun bermula Ogos tahun lepas ini telah membawa para penyelidik meneroka keunikan empat batu bersejarah di tanah tinggi Kelabit berkenaan.

Penyelidik yang terlibat terdiri daripada pensyarah dan pelajar-pelajar FSGK UNIMAS.

 Uggah ketika merasmikan Muzium Digital Bario.
RASMI: Uggah ketika merasmikan Muzium Digital Bario.
  • oleh
  • Advertisement