Anda di sini

‘Mata Cinta’ karya digital terbaharu Gempak

Advertisement
 Barisan pelakon ‘Mata Cinta’ (dari kiri) Aush Abdul Wahid, Che Puan Syamim Farid, Che Puan Juliana Evans, Julien Buteau, Shasha Saidin dan Tati Ambia bergambar bersama para penaja dan wakil Astro.
AKAN DATANG: Barisan pelakon ‘Mata Cinta’ (dari kiri) Aush Abdul Wahid, Che Puan Syamim Farid, Che Puan Juliana Evans, Julien Buteau, Shasha Saidin dan Tati Ambia bergambar bersama para penaja dan wakil Astro.

PORTAL hiburan ‘Gempak’, sebagai menyediakan lebih pilihan alternatif untuk meran-cakkan industri kandungan kreatif alaf baharu, membawakan sebuah lagi drama mini bersiri berjudul ‘Mata Cinta’ menerusi penerbitan ‘Gempak Original Series’ sebagai daya tarikan terbaharu di platform digital.

Mata Cinta’ akan disiarkan secara eksklusif di www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 Oktober 2017.

Drama romantik komedi ringan 10 episod itu diarahkan oleh sutradara muda, Shazreen Fazlynda, terbitan syarikat produksi Red Communications Sdn Bhd. Lebih mengujakan, drama mini ‘Mata Cinta’, buat pertama kalinya menggandingkan dua pelakon berdarah kacukan sebagai teraju utama iaitu pelakon popular, Che Puan Juliana Evans yang memegang watak Matahari dan pelakon baharu, Julien Buteau sebagai Ariq Anaqi.

Turut menjayakan drama mini itu, Dynas Mokhtar sebagai Lydia, Sasha Saidin (Cahaya), Che Puan Syamim Farid (Ejay), Aush Abdul Wahid (Maru Adery Chin (Joe), Peter Shahir sebagai Pengurus Watsons dan Tati Ambia sebagai Datin Vanita.

Menurut Ketua Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak, Raja Jastina Arshad menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, pada masa kini, pelbagai khidmat penstriman, dan muat turun banyak ditawarkan secara berleluasa.

Nilai kebergantungan kepada teknologi alat peranti dan akses mudah alih internet di ruang digital juga sangat tinggi sekaligus mengubah budaya menonton kelompok pengguna yang kami sasarkan.

Pemerhatian kepada trend semasa dalam masa yang sama menunjukkan pengguna peranti berinternet pada masa kini lebih cenderung untuk menonton pengisian hiburan terutamanya kandungan premium secara santai dan tidak gemar menghabiskan masa yang lama untuk menonton sesebuah kandungan menerusi peranti mereka.

Berada di landasan digital juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Gempak untuk melakukan pelbagai eksperimen kreatif dalam menghasilkan karya-karya unik yang ‘up to date’ dan mengujakan bagi mendekati golongan ‘Malaynials’,” katanya.

Mengulas lanjut tentang pengisian Gempak, Jastina berkata, secara keseluruhan, koleksi drama yang dipertontonkan menerusi perkhidmatan penstriman di platfrom Gempak sepanjang tahun 2017 sahaja sudah berjaya mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 50 juta dan angka ini terus meningkat sehingga kini.

Lebih memberangsangkan lagi, setiap judul drama tersebut juga turut menerima jumlah capaian media sosial sebanyak 24 juta secara purata.

Susulan itu, drama ‘Mata Cinta’ diterbitkan dalam durasi pendek, kompak serta padat, yang mana durasi tayangannya tidak melebihi tujuh minit bagi setiap episod.

Ini bagi memudahkan para pengguna untuk menonton drama ini menerusi telefon bimbit mahupun komputer riba pada bila-bila masa termasuklah mereka yang tidak melanggan perkhidmatan Astro merentasi sempadan,” jelas Jastina lagi.

Untuk drama ‘Mata Cinta’, beliau menambah, pihaknya turut menjadikan kejayaan fenomena drama-drama Korea yang sering menjadi kegilaan masyarakat dunia meskipun mempunyai perbezaan bahasa dan budaya sebagai sumber rujukan utama dalam meng-garap jalan pen-ceritaan yang unik dan menghiburkan untuk memukau khalayak penonton daripada segenap lapisan.

Selain itu, kami juga mengambil langkah berani mempertaruhkan ramai muka-muka baharu sebagai sandaran yang dilihat mempunyai potensi tinggi untuk menjadi pelapis pelakon yang mampu bertahan lama dalam industri seni tanah air. Ini bertepatan dengan misi Gempak untuk memberi peluang kepada bakat baharu untuk bersinar.

Dalam masa yang sama, kami juga turut menampilkan nama-nama popular dan berpengalaman tanah air sebagai daya penarik bagi memastikan penonton terus terpaku dengan kandungan yang ditawarkan,” katanya.

Beliau turut melahirkan harapan agar ‘Mata Cinta’ mampu memberi kelainan sekaligus menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan drama digital di platfrom Gempak.

Kami turut berbesar hati dengan kehadiran syarikat peruncit barangan kecantikan dan kesihatan terkemuka Asia, Watsons selaku penaja utama untuk menjayakan penerbitan drama ‘Mata Cinta’.

Semoga kolaborasi seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.”

Turut mengulas tentang kolaborasi pertama dalam menjayakan penerbitan drama itu, Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Loh, berkata, “Garapan plot penceritaan Mata Cinta adalah berkisarkan kisah cinta dan kehidupan dengan suntikan elemen komedi yang pastinya akan  membuatkan peminat berasa terhibur dan senang apabila menonton drama ini.

Gambaran pengalaman yang sama ingin kami mahukan buat pelanggan sewaktu mereka melangkah masuk ke mana-mana cawangan Watsons. Elemen-elemen yang menyeronokkan juga turut diterapkan untuk memperkenalkan pelbagai rangkaian produk kecantikan yang digunakan di dalam drama ini bagi memberi pen-dedahan kepada penonton dengan cara yang lebih menarik,” katanya.

Drama mini ‘Mata Cinta’ mengisahkan Matahari yang sedang pulang bercuti dari England untuk menghabiskan cuti semester sementara menolong kakaknya, Cahaya menguruskan perniagaan salun rambut.

Sewaktu sedang membeli barang di Watsons, dia bertemu jurujual kacak bernama Anaqi. Di situlah bermula detik pengenalan mereka.

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang berlaku sehingga hubungan antara Anaqi dan Matahari semakin renggang.

Jangan lupa saksikan drama bersiri ‘Mata Cinta’ yang bakal disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital di www.matacinta.com.my mulai 9 Oktober kelak.

__alt__
Advertisement