Anda di sini

Fazley Yaakob dilantik jadi duta Jaya Grocer

Advertisement
__alt__

PENYANYI, pelakon dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaakob diumumkan sebagai duta Jaya Grocer pada majlis yang diadakan di The Starling Mall, Damansara Uptown baru-baru ini.

Fazley, 39, berkata beliau berbesar hati dipilih sebagai duta Jaya Grocer dan menganggap ia merupakan tangunggjawab baru kerana secara tidak langsung, turut membawa wajah kepada variasi jenama produk yang dijual di pasaraya tersebut.

“Sejujurnya, tanggungjawab saya bukan sahaja sebagai cef. Pada masa yang sama, saya juga menjadi jurucakap produk untuk peringkat antarabangsa selepas meraih kepercayaan tertinggi bagi mempromosikan Jaya Grocer,” katanya dalam kenyataan.

Fazley juga berkata yang beliau merupakan pelanggan setia Jaya Grocer sebelum bergelar duta lagi.

“Bayangkan, hampir 99 peratus bahan memasak di restoran saya menggunakan produk yang terjual di sini,” tambah beliau.

ASIAN FOOD CHANNEL

Dalam perkembangan lain, penulis buku resepi berjudul My Sucre Story itu akan muncul dalam program masakan popular, Asian Food Channel tidak lama lagi.

Beliau juga bakal berangkat ke Chennai, India bagi menjalani sesi penggambaran rancangan travelog dan memasak hidangan India pada bulan ini selama dua minggu.

Terdahulu, Fazley juga diumumkan sebagai pemegang Alumni Paling Cemerlang sempena Majlis Gala Le Cordon Bleu Paris di kampus utama institut tersebut baru-baru ini.

Selain itu, Fazley baru melancarkan video muzik lagu terbaharu, ‘Ketiadaan’ yang dipaparkan secara eksklusif di saluran penstriman Jooz sejak awal Ogos lalu. Ia juga turut dimuat naik di YouTube Fazley Yaakob. — Bernama

Advertisement