Anda di sini

Bomoh cabul tiga beradik bebas dengan jaminan

Advertisement

BINTULU: Seorang bomoh dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dengan jaminan RM5,000 bagi lima pertuduhan dan dua orang penjamin tempatan selepas direman bagi membantu siasatan berhubung kes cabul tiga beradik.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Norhamizah Shaiffudin dalam perbicaraan ke atas tertuduh, 60, atas tuduhan mencabul tiga beradik bulan lepas yang dikatakan menjalani rawatan dengan tertuduh sekali gus memerintahkan tertuduh agar tidak mengganggu mangsa dan ahli keluarga mangsa sama ada melalui WhatsApp ataupun teks pesanan ringkas (SMS).

Selain itu, beliau menetapkan 12 Disember ini untuk pengurusan kes terbabit bagi memberi peluang kepada tertuduh untuk mendapatkan khidmat peguam dan kes terbabit akan dibicara semula pada 16 dan 17 Januari 2018.

Pegawai pendakwa kes tersebut ialah Timbalan Pendakwa raya Muhammad Nor Sollihin Salleh.

Sebanyak lima pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh oleh jurubahasa mahkamah. Kelima-lima pertuduhan itu sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga dikenakan hukuman sebatan.

Tertuduh yang berada dalam kandang tertuduh kelihatan senyum dan faham atas fakta kes yang dibacakan dan mengaku tidak bersalah.

Sementara itu, Hakim Norhamizah menawarkan jaminan RM3,000 setiap lima pertuduhan kes itu dengan dua penjamin tempatan.

Begitupun, tertuduh merayu dikurangkan jaminan minimum.

Terdahulu bomoh terbabit ditangkap oleh polis Bintulu kerana disyaki mencabul tiga adik beradik yang mendapatkan rawatan dalam tiga insiden berasingan, bulan lepas.

Tertuduh diiringi polis ke lokap selepas perbicaraan ke atas tertuduh di Mahkamah Sesyen Bintulu hari ini.
Tertuduh diiringi polis ke lokap selepas perbicaraan ke atas tertuduh di Mahkamah Sesyen Bintulu hari ini.

--lagi berita penuh dalam akhbar bercetak Utusan Borneo esok.
 

  • oleh
  • Advertisement