Anda di sini

Perbicaraan guru rogol pelajar, 17 Oktober

Advertisement

KUCHING: Seorang guru di Padawan yang berdepan dengan tuduhan merogol pelajarnya pada 19 september lalu akan dibicara pada 17 Oktober ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa, kes tersebut dianggap selesai dengan pengakuan tertuduh semasa siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat daripada beberapa sudut lain sehingga kes tersebut dibentangkan di mahkamah Kuching pada tarikh itu.

Tertuduh yang berumur 51 tahun itu didakwa merogol seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Siburan, di dalam keretanya di sebuah lokasi terpencil.

Merbin yang ditemui media di Padawan menjelaskan perkembangan kes berkenaan.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 376 B kerana merogol.

Advertisement