Anda di sini

Hidangan tradisi Vaie dapat sambutan di BIKF

Advertisement
 Orang ramai yang tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai hidangan tradisi masyarakat Vaie di Paruk Vaie Street Stall 2.0 di Bintulu, baru-baru ini.
MERIAH: Orang ramai yang tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai hidangan tradisi masyarakat Vaie di Paruk Vaie Street Stall 2.0 di Bintulu, baru-baru ini.

ORANG ramai tidak putus-putus mengunjungi dan menikmati pelbagai hidangan tradisi masyarakat Vaie di Paruk Vaie Street Stall 2.0 sempena penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu (BIKF) bermula 27 September hingga 1 Oktober di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu di Bintulu.

Ribuan pengunjung membanjiri tapak festival yang bukan sekadar untuk menyaksikan persembahan layang-layang malahan pelbagai acara lain yang diadakan antaranya

tumpuan kepada gerai-gerai yang menjual berbagai barangan, termasuk makanan serta menikmati sajian tradisional di Paruk Vaie atau Dapur Bintulu.

Pengwujudan dan penyediaan gerai-gerai jualan Paruk Vaie tersebut diusahakan oleh Badan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Vaie Bintulu (BAWARIS) dan disokong oleh

Persatuan Penjaja Kecil Bumiputera Sarawak (PKBS) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Hidangan tradisi Vaie yang ditawarkan merangkumi qapik, ti’ong, te’bhes, leluway, numay, na’aw dan pelbagai lagi cita rasa sajian makanan lainnya.

Satu daripada tumpuan pengunjung di Paruk Vaie adalah cara menyediakan na’aw atau linut juga dikenali sebagai ambuyat serta membuat numay atau umai.

Di samping itu, sajian lain yang boleh dinikmati juga adalah te’bhes atau tumpik lemantak yang diperbuat daripada sagu (lemantak) yang dicampur dengan kelapa parut.

Manakala ti’ong atau pais lemantak udang dibuat daripada kelapa parut, tepung lemantak (sagu) dan udang sederhana kecil. Makanan ini dibungkus dengan daun nipah sebelum dipanggang di atas bara juga terdapat di Paruk Vaie.

Te’bhes biasanya disaji bersama gula apong sebagai menambah perisa dan keenakannya. Ti’ong pula enak dimakan dengan biji sagu kecil dan besar. Kedua-dua makanan itu begitu popular dalam kalangan masyarakat Vaie di Bintulu dan khususnya masyarakat Melanau di Mukah serta beberapa bahagian lain di Sarawak amnya.

Tarikan kuat pengunjung ke Paruk Vaie adalah aktiviti sampingan berupa K-Box (Karaoke) serta beberapa pertandingan iaitu mewarna, karaoke, demonstrasi membuat kuih penyaram serta persembahan akustik dan buskers.

 Na’aw yang sedia untuk dimakan  bersama cecah perasa, sayur dan ulam-ulaman.
MENYELERAKAN: Na’aw yang sedia untuk dimakan bersama cecah perasa, sayur dan ulam-ulaman.
 Mihun belacan dan laksa e’ein antara makanan yang dijual di Paruk Vaie.
ENAK: Mihun belacan dan laksa e’ein antara makanan yang dijual di Paruk Vaie.
  • oleh
  • Advertisement