Anda di sini

Borneo Talent Awards kembali lagi, tawar hadiah lumayan

Advertisement
 Pencarian bakat bagi program Borneo Talent Awards 2017 kini bermula.
KEMBALI LAGI UNTUK EDISI 2017: Pencarian bakat bagi program Borneo Talent Awards 2017 kini bermula.

KUCHING: Program pencarian bakat Borneo Talent Awards (BTA) 2017 kembali lagi tahun ini dengan menawarkan hadiah lumayan kepada bakal pemenang dalam pertandingan akhir yang akan diadakan pada 25 November nanti.

Sehubungan itu, orang ramai terutama dari kawasan Kuching, Semantan, Lundu, Bau, Samarahan dan Serian dipelawa untuk menyertai sesi uji bakat  BTA pada 7 Oktober ini.

Uji bakat tersebut akan diadakan di Pusat Membeli Belah Boulevard di sini bermula dari  jam 2 petang hingga 6 petang.

Antara yang dipertandingkan ialah nyanyian, tarian, kemahiran memainkan alat muzik, pertunjukan magik, pantomin, akrobatik dan lain-lain bakat.

Menurut salah seorang juri bagi pertandingan iaitu Isa Lee, hadiah lumayan menanti bakal pemenang serta peluang untuk dilamar oleh syarikat rakaman mahupun stesyen television dan radio.

Separuh akhir dan peringkat akhir katanya akan diadakan di Dewan Suarah Sibu pada 24 dan 25 November 2017.

Sebanyak enam kategori yang dipertandingkan iaitu Talent Star of The Year, Bintang Bakat Paling Popular, Bintang Bakat Paling Menghiburkan, Bintang Bakat Paling Kreatif, Anugerah Bintang Bakat Khas dan Superstar of The Year.

Dalam pada itu, pertandingan ini merupakan anjuran Majlis Perbandaran Sibu dan terbuka kepada peserta dari Sabah dan Sarawak termasuk peserta luar yang berada di Malaysia.

Peserta juga diingatkan untuk membawa cakera padat (CD) atau video cakera padat (VCD) sendiri pada uji bakat termasuk alat muzik sendiri.  

  • oleh
  • Advertisement