Anda di sini

Anjur sukan peringkat sekolah lahir ramai atlet berkualiti

Advertisement

KUCHING: Kejohanan sukan di peringkat sekolah perlu dianjurkan bagi melahirkan lebih ramai atlet berkualiti di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan oleh isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang, Datin Kasma Buang pada perasmian Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Ibnu Khaldun di Sekolah Sukan Tabuan Jaya di sini kelmarin.

Kejohanan seperti ini amat perlu dianjurkan untuk kehidupan yang lebih bermakna untuk anak-anak kita.

Malah, ia adalah wadah untuk memupuk budaya bersukan di kalangan murid dan sekiranya dilaksanakan secara sistematik kita mampu melahirkan para atlet yang hebat pada masa akan datang,” katanya.

Justeru, Kasma berharap penganjuran kejohanan seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membolehkan anak-anak muda terlibat dalam aktiviti sihat.

Pada masa sama beliau memberitahu, pihaknya akan sentiasa mendukung penganjuran program seumpama itu pada masa akan datang.

Hadir sama Guru Besar SK Agama Ibnu Khaldun Edi Wahab dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu juga, Kasma mewakili ADUN Muara Tuang turut menyampaikan geran peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) kepada SK Agama Ibnu Khaldun.

Advertisement